Gaya Hidup

Kemas Rumah Anda Dengan 5 Panduan Ini

Anda membeli terlalu banyak barang dan ruang rumah yang dahulunya rapi dan kemas, mula kelihatan berselerak? Jangan biarkan perkara ini berterusan. Semakin lama anda membiarkan ruang rumah berselerak, semakin sukar untuk mengemasnya.

Kemaskan barangan anda dengan mengikuti langkah cepat dan mudah ini:

1. Mulakan dengan betul

Kemas permukaan yang terbuka dahulu seperti lantai dan meja. Jika anda tidak mempunyai laci atau almari untuk meletakkan barang-barang itu, letakkannya di dalam peti simpanan untuk seketika.

Membersihkan permukaan dan lantai, membuang beberapa barangan, dan meletakkan barangan yang anda mahu simpan di dalam bekas tertutup, ia akan mendorong anda untuk melakukan tugas seterusnya.

2. Buang sampah

Cara cepat untuk memulakan pembersihan anda adalah dengan membuang majalah lama, surat khabar dan surat lama. Kemudian, lihat barangan kelengkapan bilik air dan barangan dapur anda dan buangkan apa-apa yang telah tamat tempoh.

3. Kosongkan almari pakaian anda

Related image

Sekiranya anda tidak memakai sesuatu selama enam bulan atau lebih, kemungkinan anda tidak akan memakainya pada masa hadapan. Pilih barang yang terlalu kecil, terlalu besar atau terlalu lama. Daripada membuang pakaian yang berkualiti, berikan kepada kawan, saudara mara atau amal, atau membuat duit tunai dengan menjualnya.

4. Minta pertolongan

Rasa terlalu sentimental dengan harta benda anda? Jika ya, anda nampaknya perlu meminta bantuan orang yang neutral seperti kawan baik anda untuk membuang barang-barang anda semasa anda tidak berada di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun, untuk menghindarkan rakan anda membuang sesuatu yang berharga, tetapkan batasan untuknya. Jika dia ragu-ragu tentang membuang sesuatu, pastikan dia terlebih dahulu memeriksa dengan anda.

5. Susun barangan anda

Daripada meletakkan barangan anda di merata tempat, beli kotak simpanan dan sediakannya ke dalam kategori yang berbeza. Letakkan semua aksesori fesyen anda dalam satu ruangan, alat tulis dalam ruangan berbeza dan lain-lain lagi. Sekiranya anda membeli barang-barang baru, pastikan anda meletakkannya dengan kemas.

Mengawal ruang daripada bersepah adalah langkah pertama yang anda perlu lakukan. Selepas itu, anda perlu mendisiplinkan diri untuk mengekalkan kekemasan ruangan terbabit. – Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker