Sukan

Akhyar Sedia Gegar Jepun

Pemain penyerang Akhyar Rashid sudah bersedia untuk menggegar barisan pertahanan Jepun apabila Malaysia berdepan Negara Matahari Terbit itu di peringkat 16 pasukan terakhir Sukan Asia pada Jumaat malam.

Akhyar yang cedera di bahagian betis ketika perlawanan menentang Bahrain di dalam perlawanan peringkat kumpulan, tetapi mengatakan bahawa ia tidak serius.

“Saya hanya berasa sedikit kebas kerana saya telah bermain dua perlawanan sepenuhnya berturut-turut.

“Saya berharap selepas berehat selama dua hari, saya akan bersedia untuk menentang Jepun,” ujar Akhyar.

Akhyar memainkan peranan penting untuk pasukannya ketika di dalam perlawanan peringkat kumpulan, menjaringkan satu gol serta berjaya memenangi dua sepakan penalti. Di harap Akhyar dapat meneruskan momentumnya itu.

“Kami (Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid) pasti akan dijaga dengan ketat oleh pemain lawan. Kunci untuk memenangi perlawanan ini adalah membuat keputusan dengan cepat.

“Kami telah menonton perlawanan Jepun menentang Vietnam tempoh hari. Jelas sekali mereka adalah lebih baik dari segi taktikal dan teknikal. Malah, mereka juga mempunyai lebih banyak stamina,” tambah Akhyar.

Malaysia pasti akan melihat untuk mendapatkan satu lagi kemenangan ketika menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga di Bekasi, dan melangkah ke peringkat suku akhir.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker