Bisnes & EkonomiTips Kewangan

3 Persediaan Kewangan Untuk Menyambut Kelahiran Anak

Menimang cahaya mata baharu adalah perkara yang bakal membawa sinar kebahagiaan untuk setiap pasangan. Namun, anda harus mempunyai persediaan rapi dari segi mental dan juga kewangan.

Terdapat sembilan bulan untuk anda yang baru sahaja dapat tahu bahawa anda atau isteri anda mengandung. Gunakan masa ini sebaiknya untuk mengumpul wang dan merancang kewangan untuk anak yang bakal dilahirkan.

Perkara-perkara ini anda perlu ambil perhatian:-

  1. Pemilihan hospital bersalin & Tabung bersalin

Jika anda mahu bersalin di hospital swasta yang dikatakan lebih selesa dan boleh memilih doktor yang bersesuaian dengan anda, selalunya ia akan bermula dari RM5000 ke atas. Namun kini terdapat juga hospital kerajaan yang anda boleh pilih pakarnya dengan bayaran bermula RM1500 sahaja. Oleh itu merancang tempat bersalin awal adalah lebih baik untuk poket anda agar tidak terburu-buru.

Untuk yang ingin bersalin di hospital kerajaan pula, terdapat juga bayaran tetapi pada kadar yang sangat minima iaitu bermula RM10.

Tetapi kena ingat kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Jika anda tiba-tiba harus bersalin menggunakan bantuan tambahan seperti forcep malah jika kecemasan berlaku dan perlu menjalani pembedahan, ianya memerlukan kos yang lebih tinggi. Oleh itu anda disarankan untuk mempunyai simpanan untuk bersalin.

2. Senarai semak barangan yang perlu dibeli

Terdapat pelbagai barangan keperluan bayi di pasaran. Anda harus membuat senarai semak dan membandingkan harga mana yang berbaloi. Antara barang yang wajib untuk dibeli untuk anak ialah kain lampin, kain bedong, pakaian (tetapi jangan beli banyak kerana pasti ada yang bakal menghadiahkan), pam susu (untuk wanita bekerja) dan bagi ibu juga terdapat barangan yang perlu untuk anda seperti maternity pad, kain batik dan banyak lagi.

3. Mengambil insurans nyawa untuk anak anda

Perkara ini boleh ditangguhkan sehingga bayi anda lahir tetapi boleh juga untuk bayi sebelum lahir. Ia boleh menyelamatkan anda jika anak anda jatuh sakit semasa lahir ataupun memerlukan rawatan pakar. Pelaburan ini boleh menyelamatkan simpanan anda kerana sesetengah penyakit perlu kos yang tinggi seperti pembedahan dan sebagainya.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker