Hiburan

Wagakki Band: Rock dengan Elemen Traditional Jepun

Bagaimana rasanya muzik traditional Jepun diberi nafas rock yang sangat unik?

Wagakki Band, sebuah kumpulan muzik dari Jepun yang mengetengah muzik rock dengan menggabungkan elemen muzik tradisional Jepun.

dari kiri: Kiyoshi Ibukuro, Wasabi, Asa, Daisuke Kaminaga, Yuko Suzuhara, Machiya, Beni Ninagawa dan Kurona

Nama ‘Wagakki’ diambil sempena alat muzik traditional Jepun yang mereka gunakan dalam mencipta lagu.

Terdiri dari 8 orang ahli iaitu Kurona (wadaiko), Wasabi (drum), Daisuke Kaminaga (shakuhachi), Asa (gitar bass), Kiyoshi  Ibukuro (koto),  Beni Ninagawa (tsugaru shamisen), Machiya (gitar) dan Yuko Suzuhara selaku penyanyi utama.

Sebelum Wagakki Band terbina, Yuko, Kiyoshi dan Daisuke merupakan ahli kumpulan Hanafugetsu dan memainkan muzik-muzik bergenre traditional Jepun.

Sekitar 2012, Yuko berhasrat mengembangkan muzik mereka dengan menggabungkannya dengan elemen rock; maka tertubuhlah Wagakki Band apabila Yuko menjemput 5 ahli yang lain.

Pada 2014, Senbonzakura, sebuah lagu vocaloid gubahan kumpulan ini menjadi tarikan utama orang ramai untuk mengenali Wagakki Band.

Dalam tahun yang sama juga, kumpulan ini mengeluarkan studio album pertama mereka Vocalo Zanmai dan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan peminat muzik rock.

Video muzik Senbonzakura juga menerima respon tontonan yang tinggi melebihi 80 juta tontonan di Youtube.

Sehingga kini, Wagaki Band telah mengeluarkan 3 lagi studio album iaitu Yasou Emaki (2015), Shikisai (2017) dan Otonoe pada 2018.

Manakala single mereka yang mendapat sambutan termasuklah Hanabi, ikusa dan Amenochi Kanjyoron.

Kumpulan ini bukan sahaja popular di Jepun, malah sering dijemput menjadi artis jemputan di expo anime atau kebudayaan Jepun di seluruh dunia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker