Sukan

United Tidak Bercadang Menggantikan Mourinho Dengan Zidane

Periuk nasi Jose Mourinho nampaknya terjamin buat masa ini.

Walaupun pertelagahan secara umumnya dengan lembaga pengarah Manchester United kerana tidak memberinya dana untuk pembelian pemain baru ketika jendela perpindahan musim panas sebelum ini, kenyataan bintang Paul Pogba yang tidak senang di United, kekalahan mengejut 3-2 kepada Brighton & Hove Albion, lembaga pengarah kelab itu masih mempunyai keyakinan terhadap pengurus dari Portugal itu, menurut laporan BBC.

Desas-desus mengenai pemergian Mourinho dikuatkan lagi apabila Zinedine Zidane, yang menjadi pengurus pertama untuk memenangi tiga Liga Juara-Juara berturut-turut bersama Real Madrid, masih lagi menjadi agen bebas selepasĀ  melepaskan jawatannya secara mengejut di Real.

Walau bagaimanapun, the Red Devils langsung tidak mempunyai niat untuk menghalau Mourinho keluar bagi memberi laluan kepada Zidane.

“Mengapa kita perlu berbincang mengenai Zidane, sedangkan tiada jawatan kosong?” menurut satu sumber kepada BBC.

Mourinho jelas sekali tidak berpuas hati dengna musim panas ini setelah kelab itu gagal menarik pemain pertahanan berprofil tinggi walaupun terdapat laporan mengenai percubaan mereka untuk mendapatkan Jerome Boateng, Yerry Mina, dan Harry Maguire.

Di dalam usaha untuk merapatkan jurang komunikasi di antara pengurus berusia 55 tahun itu dengan naib pengerusi Ed Woodward yang juga ketua dalam proses merekrut pemain baru untuk United, kelab itu dilaporkan sedang mencari seorang pengarah teknikal untuk bekerja bersama-sama mereka.

Berikutan kemenangan 2-1 pada perlawanan pembukaan United ke atas Leicester City, Mourinho yang berang mendakwa peranannya di dalam memilih pemain untuk jendela perpindahan akan datang sudah berkurangan jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

“Itulah bola sepak, dan itulah pengurusan bola sepak, saya rasa bola sepak sedang berubah dan pengurus bola sepak patut dipanggil ketua jurulatih. Saya rasa kami lebih kepada ketua jurulatih daripada pengurus,” ujarnya.

Secara kebetulan, ia adalah Mourinho yang membuka jalan kepada karier pengurusan Zidane. Selepas mengetuai Real Madrid pada 2010, Mourinho meminta kepada lembaga-lembaga pengarah kelab itu untuk mengambil Zidane sebagai penasihat istimewa kepada pasukan pertama, sekaligus membolehkan bekas juara dunia itu menyertai sesi latihan dan mebgambil bahagian di dalam mesyuarat kelab.

Selepas dinamakan pengarah sukan Los Blancos pada 2011, Zidane menyertai pegawai latihan di bawah Carlo Ancelotti pada 2013 sebelum mengambil alih pasukan B Real Madrid pada 2014.

Zidane akhirnya menjadi pengurus pasukan utama Real pada Januari 2016, menggantikan Rafael Benitez.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker