SukanUncategorized @ms

Negara Asean di Kemuncak

Persembahan hebat yang ditunjukkan oleh Malaysia, Indonesia dan Vietnam pada Sukan Asia kali ini meramalkan tentang masa depan bola sepak Asia Tenggara.

Tiga negara ini menduduki tempat teratas di dalam kumpulan mereka masing-masing dan mereka akan menjadi harapan negara-negara Asean di dalam kumpulan 16 pasukan terakhir. Malaysia yang memenangi Kumpulan E berikutan kemenangan mereka ke atas Kyrgyzstan dan Korea Selatan, bakal berdepan bekas juara Jepun pada hariĀ  Jumaat.

Indonesia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu sementara Vietnam yang menewaskan Jepun, Pakistan dan Nepal akan menentang Bahrain.

Negara Asean yang lain yang tidak layak untuk ke pusingan seterusnya juga mempamerkan persembahan yang baik, kecuali Thailand yang gagal untuk layak ke pusingan 16 pasukan terakhir buat pertama kali sejak 24 tahun.

Myanmar tidak bernasib baik untuk tidak mara walaupun selepas menewaskan Iran dengan mata 2-0 di dalam Kumpulan F. Kesemua pasukan di dalam kumpulan itu mendapat empat mata kecuali Myanmar yang menduduki tempat tercorot.

Jurulatih remaja kebangsaan, Ong Kim Swee berkata pasukan Asean telah membuatkan rantau ini berasa bangga dengan keputusan hebat mereka.

“Pasukan-pasukan dari Asean semakin maju dan mereka telah menunjukkannya di sini bahawa mereka hampir setaraf negara-negara dari Timur Tengah. Sasaran yang setiap negara Asean capai haruslah untuk menjadi lebih baik daripada pasukan dari Timur Tengah. Daripada situ, kita boleh terus maju,” ujar Kim Swee di Jakarta.

“Secara keseluruhannya, sebagai seorang jurulatih pasukan negara Asean, saya begitu gembira dengan apa yang telah kita lakukan di Sukan Asia ini.”

Apabila menentang Jepun di pusingan 16 pasukan terakhir nanti, Kim Swee berkata anak buahnya perlu mengurangkan kesilapan jika mereka mahu berpeluang menewaskan pasukan dari Asia Timur itu.

“Jepun adalah pasukan yang sangat bagus.

“Mereka mempunyai kombinasi yang sangat baik dan saya percaya pemain-pemain mereka telah bermain bersama untuk jangka masa yang lama.

“Ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah kerana Jepun sudah selalu melakukan yang luar biasa di pertandingan antarabangsa, jadi kami perlu berada di peringkat terbaik untuk perlawanan ini,” ujar Kim Swee.

Kim Swee menurunkan lapan orang pemain yang jarang dapat bermain ketika perlawanan menentang Bahrain tempoh hari, di mana Malaysia tewas 3-2 ketika perlawanan terakhir Kumpulan E.

“Satu atau dua orang daripada mereka tidak menunjukan komitmen yang diperlukan ketika perlawanan. Saya akan memerhatikan pemain-pemain ini ketika sesi latihan dan akan memilih hanya yang terbaik untuk menentang Jepun,” tambahnya.

Seorang pemain Malaysia yang tidak mahu namanya didedahkan meluahkan perasaan tidak puas hatinya kerana tidak diturunkan.

“saya hanya akan menurukan pemain itu jika saya sudah tiada pilihan lain. Saya akan mengukur setiap pemain dan hanya akan memilih mereka yang menunjukkan sikap positif,” tambah jurulatih itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker