Teknologi

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Lebih Daripada Satu E-mail?

Daripada menggunakan hanya satu alamat e-mel untuk semua perkara, pakar perlindungan pengguna mengatakan ia lebih baik apabila menggunakan beberapa alamat e-mel dan menggunakan setiap satu untuk tujuan tertentu.

Tetapi adakah ia bermakna terdapat lebih banyak tanggungjawab daripada pengguna?

“Saya perlu menguruskan kata laluan untuk semua alamat e-mel, semak akaun dengan kerap dan pastikan saya memberi repons menggunakan alamat e-mel yang betul,” kata peguam bela perlindungan pengguna Ralf Scherfling.

Walaupun sukar untuk menguruskan pelbagai e-mail, ia tentang menjaga keselamatan.

Alamat e-mel biasanya digunakan ketika mendaftar untuk mana-mana perkhidmatan di Internet. Tetapi setiap perkhidmatan dalam talian mampu menguruskan data dengan selamat, kata Tim Griese dari Pejabat Persekutuan untuk Keselamatan Maklumat Jerman (BSI).

Atas sebab itu, menggunakan beberapa alamat e-mel berbanding hanya satu dapat meningkatkan keselamatan anda.

Salah satu cara untuk mengelakkan atau kurangkan spam adalah untuk mempunyai alamat yang jarang digunakan, kata Griese.

Semakin kerap anda memberikan alamat e-mail kepada orang, semakin tinggi peluang untuk mana-mana spammer memiliki e-mail itu, katanya.

Alamat e-mel harus bergantung pada tujuan akaun. Adakah ia untuk urusan rasmi atau rakan-rakan? Jika ya, ia lebih baik untuk menggunakan nama sebenar atau sekurang-kurangnya salah satu nama anda.

Tetapi untuk perkara seperti newsletter anda boleh menggunakan nama yang lebih generik.

Apa yang lebih penting daripada alamat e-mel adalah kata laluan yang digunakan, kata Griese. Semakin panjang kata laluan itu, semakin baik dan selamat. Ia perlu mengandungi huruf besar dan huruf kecil serta aksara dan nombor khas.

Akaun e-mel yang selamat adalah sangat penting kerana banyak perkhidmatan menghantar kod pengesahan atau pautan seperti menetapkan kata laluan lain melalui e-mel.

Anda juga harus mematuhi peraturan “satu perkhidmatan, satu kata laluan” kerana jika akaun anda digodam, penggodam akan mendapat akses kepada semua perkhidmatan yang menggunakan e-mail tersebut.

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk berhenti menggunakan salah satu akaun e-mel, anda harus menutupnya atau berhenti daripada menggunakannya. Kemudian anda perlu memberitahu rakan-rakan alamat e-mel yang baharu.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker