AntarabangsaIsu Semasa

Peluang Pekerjaan ‘Tarik’ Ramai Pelajar China Pulang Ke Tanah Air

Peluang pekerjaan yang semakin baik di China telah menarik semakin ramai pelajar negara itu yang berada di luar negara untuk pulang semula ke tanah air mereka.

Menurut Kementerian Pendidikan, tahun lepas menyaksikan kepulangan seramai 480,900 daripada 608,400 pelajar tempatan yang telah menetap di negara asing.

Sehubungan dengan itu, hampir 80% daripada mereka memilih untuk kembali semula ke negara asal selepas menamatkan pengajian di luar negara.

Memetik laporan Asia News Network, statistik ini adalah berdasarkan Report on Employment and Entrepreneurship of Chinese Returnees, yang dikeluarkan oleh pusat pemikir tempatan, iaitu Centre for China and Globalisation, dengan kerjasama laman sesawang Zhaopin.

Laporan tersebut adalah berdasarkan kajian yang melibatkan 2,190 orang pelajar China yang telah pulang dari luar negara pada bulan lepas.

Kajian itu mendapati bahawa 41% responden memilih untuk pulang semula ke tanah air kerana terdapat lebih banyak peluang pekerjaan, sementara 27% daripada mereka pula takut dengan undang-undang pekerjaan dan imigresen di luar negara yang mungkin akan menyekat perkembangan pekerjaan mereka.

Pelajar-pelajar China yang bergraduasi di negara-negara asing juga lebih gemar untuk bekerja di bandar-bandar utama setelah pulang semula ke negara mereka.

Kira-kira 20% responden memilih untuk bekerja di Beijing, 14% di wilayah Guangdong (termasuk Guangzhou dan Shenzhen), manakala 11.4% lagi di Shanghai.

Li Qing, seorang penyelidiik dari pusat pemikir yang melaksanakan kajian ini berkata, dasar/polisi baik yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk warga tempatan yang menamatkan pengajian di luar negara memainkan peranan yang besar dalam menarik golongan ini untuk bekerja di bandar-bandar utama.

Difahamkan, salah seorang pelajar bernama Zhang Xiaobing, yang memperoleh sarjana (MBA) daripada University of Toronto, telah pulang semula ke China dan menubuhkan syarikat sumber manusia di Zhongguancun Science Park, Beijing.

“Saya pulang (ke China) untuk memulakan perniagaan….kerana saya suka persekitarannya dan saya nampak peluang-peluang yang ada.

“Kerajaan telah menawarkan bantuan yang amat baik untuk saya memulakan perniagaan, termasuk bayaran sewa percuma, pengecualian cukai, dan juga memberi dana,” katanya.

Selain itu, 40% daripada pelajar berkenaan berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh sebulan dan 90% lagi memakan masa sehingga setengah tahun.

Walau bagaimanapun, 80% daripada mereka menerima gaji lebih rendah berbanding jangkaan mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker