Isu SemasaPolitikTempatan

PAS Perlu Bekerjasama Dengan Semua Parti Pembangkang, Termasuk BN

Dalam Muktamar tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi tahun ini, parti itu akan menekankan kepentingan untuk bekerjasama secara “tidak formal” dengan semua parti Pembangkang, termasuk Barisan Nasional (BN).

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, senario ini adalah serupa dengan kerjasama PAS bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Ini adalah kerjasama yang tidak formal memandangkan PAS dan BN juga mempunyai perbezaan (pandangan) mengenai beberapa isu.

“Tetapi dalam usaha menjadi pembangkang yang kredibel dan konstruktif, PAS akan bertoleransi dan bekerjasama dengan yang lain,” katanya.

Lapor The Sun Daily, beliau menyatakan bahawa presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menggunakan Muktamar kali ini untuk menjelaskan hala tuju parti Islam berkenaan, di mana asas-asas utama akan diteruskan berlandaskan nilai-nilai serta pengaruh Islamik.

Namun pada masa yang sama, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, PAS adalah sebuah parti politik yang bergantung kepada strategi dan perjuangan untuk terus kekal relevan.

“Kami akan terus menggunakan politik matang, di mana selain daripada mengkritik (kerajaan), PAS akan turut memberi nasihat mengenai bagaimana untuk mentadbir Malaysia secara efektif.

“Kita kini mentadbir dua negeri (Terengganu dan Kelantan). Ia adalah sama dengan BN (UMNO) yang mentadbir Pahang dan Perlis,” katanya.

Dalam pada itu tegas beliau, PAS juga akan mengambil pendeketan pragmatik (realistik dan praktikal) terhadap pelbagai isu, tetapi ia tidak akan mengkompromi prinsip-prinsip dalam memperjuangkan Islam.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker