Sukan

Kesihatan Bekas Pemain Ajax Bertambah Baik Selepas Koma Setahun

Nouri yang berumur 21 tahun telah menyertai Ajax pada tahun 2005 ketika dia baru berumur 9 tahun di akademi kelab itu. Pemain tengah muda itu menempah tempat di kesebelasan utama pada bulan September 2016, menandakan penampilan pertamanya untuk kelab dari Eredivisie itu.

Dia membuat sembilan penampilan bersama kelabnya itu pada musim 2016/17. Ketika kempen pra-musim pertamanya bersama kelab itu, mereka bermain menentang Werder Bremen.

Ketika perlawanan itu sedang berlangsung, Nouri mengalami cardiac arrhythmia, di mana jantungnya berdegup dengan tidak sekata dan terpaksa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter. Beberapa hari selepas itu, Ajax mengesahkan bahawa Nouri mengalami kerosakan otak akibat insiden itu, tetapi beliau masih boleh bernafas tanpa memerlukan alat bantuan.

Kini, selepas lebih setahun, abang Nouri mengesahkan keadaan kesihatan pemain itu bertambah baik dan dia serta keluarga telah dapat berkomunikasi bersama ‘Appie’.

“Jika hendak dibandingkan dengan keadaannya sebelum ini, ia sudah bertambah baik, dan status neurologinya juga lebih baik daripada bulan-bulan sebelum ini.” ujar Abderrahim Nouri, abang kepada Abdelhak ‘Appie’ Nouri.

“Dari segi fizikal, ia sangat sukar, ia tidak sebagus dahulu, tetapi itu kerana dia tidak boleh bergerak, hanya terlantar di atas katil dan hanya boleh menggerakkan kepalanya sahaja.

“Pada mulanya ketika Nouri sedang di dalam koma, matanya hanya tertutup sahaja. Tetapi kini dia telah sedarkan diri. Dan sejak itu, tahap kesedarannya semakin baik dan dia sudah boleh berkomunikasi. Jika anda bercakap dengannya, seperti “buka mulut” atau “sahkan ini dengan menggerakkan bulu kening”, dia akan lakukannya, jadi terdapat komunikasi di situ.” tambah Abderrahim lagi.

Abderrahim juga turut mendedahkan adiknya telah turun dari katil untuk duduk di atas kerusi roda.

“Kadang-kadang Appie akan turun dari katilnya dan duduk di atas kerusi roda. Tetapi ia tidak selalunya mudah. Dahulu sistem imunisasinya terjejas teruk dan keadaannya begitu teruk dahulu.

Sudah tentu tahap kesihatan pemain itu kadang-kala akan meningkat, adakala ia menurun, tetapi sebarang petunjuk akan kemajuan dari segi kesihatannya adalah berita yang sangat baik.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker