Isu SemasaSains

Bolehkah Anda Jadikan Straw Hari Ini, Straw Terakhir Anda?

Perubahan cuaca, gas rumah hijau, pestisid, ladang ternakan ikan, ladang kelapa sawit, racun serangga, terlebih populasi dan penggunaan serta buangan plastik mempunyai satu persamaan.

Ianya semua terkenal sebagai masalah alam sekitar dunia yang memerlukan perhatian segera.

Namun, permasalahan ini membuat kita tidak terdaya untuk membantu.

Ini belum lagi masalah di laut, pengurangan hutan dunia, kejuruteraan genetik, penangkapan ikan berlebihan, hujan asid dan jerebu.

Terdapat ramai perjuang alam sekitar yang menangis dan berjuang untuk perubahan cuaca tetapi musim hujan kini tidak dapat dijangka seperti sebelum ini.

Kita gemar makan daging yang dicucuk lidi (sate), ayam tandoori dan rendang daging tetapi kita tidak sedar akibat terlebih memakannya, kita telah menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau.

Kita telah menternak ikan untuk tujuan pemakanan dengan harapan kita tidak akan kekurangan ikan dan menyelamatkan ikan, penyu dan hidupan di lautan akibat daripada penangkapan berleluasa. Tetapi ladang penternakan ikan ini telah menjejaskan kestabilan ekosistem.

Produksi minyak sawit telah menjadi kritikan dunia tetapi ia juga telah memberi ruang pekerjaan kepada ramai orang di kawasan pendalaman dan ia penting untuk pembungkusan, kosmetik, sabun detergent dan pelbagai produk keperluan harian lain.

Racun serangga pula telah membunuh pollinator seperti lebah dan serangga berguna. Ia juga telah menyebabkan kanser dan kesan kepada makanan kita tetapi pada masa makanan organik adalah terlalu mahal untuk dibeli sebagai makanan alternatif.

Populasi yang terlebih pula dilihat sebagai isu sensitif. Perlukah kita mengambil inisiatif melaksanakan satu keluarga satu anak di seluruh dunia? Tetapi seperti yang kita lihat, ia tidak berkesan di China.

Jadi apa sebenarnya kita sebagai seorang individu boleh lakukan untuk membantu dunia kita?

Walaupun kita sebagai pembeli, pengguna dan pengeluar berhemah, ia seperti tidak memberi impak sama sekali kepada Bumi kita.

Sememangnya apa yang kita lakukan tidak terlalu memberi kesan baik kerana ia serba tidak kena. Namun menurut penulisan Fanny Bucheli-Rotter di NST, apa yang boleh kita lakukan ialah untuk mengurangkan penggunaan plastik.

Pengeluaran plastik dan pengurusan sisa pepejal ialah satu perkara yang kita boleh lakukan perubahan.

Sememangnya plastik adalah sebahagian dari hidup kita yang kita tidak boleh lari.

Dari kita bangun pagi sehingga kita tidur, tidak ada satu pun perkara yang kita sentuh tidak diperbuat dari plastik. Dari berus gigi, ubat gigi, jamban duduk…

Namun apa yang merosakkan alam sekitar dan menjadi gangguan terburuk bagi hidupan lain ialah penggunaan plastik yang tidak boleh digunapakai. Contohnya, sedutan plastik (straw), penutup cawan yang sering kita dapat dari restoran makanan segera, sudu garfu plastik.

Semua ini sebenarnya boleh digantikan dengan alternatif lain yang boleh diguna semula seperti yang diperbuat dari kain, kaca, besi dan porselin.

Oleh itu, jadikan ia satu kebiasaan untuk sentiasa membawa beg kain untuk membeli barang dapur dan ambil positif dari perkara ini selain ia tidak mencemarkan alam sekitar, beg kain ini tidak akan koyak jika terlebih berat.

Jika anda makan, nikmatilah ia dihidangkan di dalam pinggan porselin dan gelas kaca. Dan seperti kebanyakan orang yang mengambil inisiatif lebih, pesanlah air tanpa memerlukan straw. Jadikanlah straw anda hari ini straw terakhir anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker