Teknologi

Samsung Galaxy Note 9 Kini Dengan Spesifikasi Yang Lebih Hebat

Seperti yang dijangkakan, Samsung Galaxy Note 9 merupakan telefon pintar yang lengkap dengan spesifikasi dikatakan seumpama sebuah komputer yang hebat.

Samsung bakal melancarkan versi terkini telefon pintar ‘flagship’ mereka Galaxy Note 9 dengan naiktaraf yang sangat ketara.

Berbanding Galaxy S9, Note 9 lebih mementingkan prestasi dengan ciri-ciri lebih besar seperti kapasiti storan, processor, RAM malah keupayaan S Pen yang terbina di dalam telefon ini.

SPESIFIKASI

Jika ingin dibincangkan mengenai prestasinya, Note 9 dibina bersama proscessor Qualcomm Snapdragon 845 dengan RAM mencecah 8GB.

Terdapat 2 jenis kapasiti storan untuk peranti ini iaitu 128GB berserta 6GB RAM dan 512GB dengan 8GB RAM. Namun, jika ia masih tidak mencukupi, peranti ini juga dilengkapi storan microSD sehingga 512GB.

8MP untuk kamera selfie dan dual lensa kamera (12MP/12MP) dibina untuk kamera belakang. Untuk pengrakaman video, Note 9 mampu merekod sehingga 2160p atau 960fps mengikut tetapan.

Peranti ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 4,000 mAh yang dijangka boleh bertahan selama 2 hari dengan penggunaan minimal.

PERANTI SERBA BOLEH

Keupayaan S Pen juga dipertingkatkan dengan kelancaran mengaktif dan menulis. Dengan skrin sebesar 6.4 inci, ia membantu keselesaan ketika menulis.

Samsung DeX yang merupakan sebuah ciri untuk Note 9 ini juga membantu pengguna untuk menggunakan peranti mereka berserta sebarang monitor komputer.

Dengan ciri ini, Note 9 akan bertindak seperti sebuah komputer mudah alih di mana apabila ia disambungkan pada Samsung DeX, Note 9 dapat digunakan seperti komputer desktop.

BERBALOIKAH NOTE 9?

Bagi yang sudah memiliki telefon berspesifikasi tinggi seperti iPhone X, Google Pixel 2, malah Galaxy S9 sendiri, anda tidak semestinya harus memiliki peranti ini.

NAMUN, kepada sesiapa yang ingin berpindah dari telefon pintar biasa kepada spesifikasi yang lebih tinggi, maka, dapatkan Note 9.

Jangkaan harga pasaran terkini ialah sekitar RM3,699, Note 9 adalah telefon yang lengkap dengan ciri-ciri telefon pintar menyerupai sebuah komputer.

Pelbagai ciri-ciri yang diperkenalkan Samsung untuk telefon ini mampu memudahkan pengguna Note 9 menggunakan ia pada kebolehan paling optimum biarpun untuk tujuan perniagaan, permainan malah kreativiti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker