Sukan

Brighton Tambah Derita United Yang Hambar

Igauan ngeri Jose Mourinho kerana gagal menarik pemain pertahanan tengah baharu menjadi kenyataan apabila pertunjukan hambar di barisan pertahanan menyebabkan Manchester United tewas 3-2 kepada Brighton pada hari Ahad.

Buat pertama kali dalam dua  tahun, anak buah Mourinho dibolosi lebih daripada dua kali, dan ketiga-tiga gol Brighton hadir sebelum wisel separuh masa pertama ditiupkan melalui Glenn Murray, Shane Duffy, dan penalti Pascal Gross.

Buat seketika, Romelo Lulaku memberi sinar harapan kepada United dengan menjadikan mata 2-1. Namun United mensia-siakan momentum itu, sehinggalah Paul Pogba menjaringkan penalti di saat-saat akhir perlawanan. United kini ketinggalan tiga mata dibelakang juara bertahan Manchester City, Chelsea dan Tottenham selepas dua perlawanan di dalam kempen musim baharu.

Mourinho memberi amaran terhadap musim “sukar” apabila dia tidak diberikan dana untuk membeli pemain sebelum jendela perpindahan ditutup buat kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Mengukuhkan barisan pertahanannya telah menjadi keutamaan Mourinho, dan ia jelas kelihatan apabila Victor Lindelof dan Eric Bailly gugup di atas padang ketika perlawanan itu.

Ketika perlawanan pra-musim mereka yang bergelora, Mourinho turut bertelagah dengan Anthony Martial apabila pemain dari Perancis itu gagal untuk pulang ke kelab bagi menyertai kunjungan pra-musim ke Amerika Syarikat selepas kelahiran anak keduanya.

Image result for manchester united

Namun nama Martial tetap diletakkan sebagai kesebelasan utama bagi mengisi ruang yang ditinggalkan Alexis Sanchez akibat kecederaan. Di dalam perlawanan itu, Martial mendapat peluang pertama untuk menjaringkan gol apabila dia meluru di antara dua orang pemain pertahanan Brighton sebelum sepakannya dihalang oleh Duffy.

Kesudahan cerita ini pasti berbeza buat pasukan pelawat jika Lukaku tidak mensia-siakan peluang yang terhidang, sebaliknya sepakannya tersasar selepas 10 minit perlawanan bermula.

Brighton terlebih dahulu membuka jaringan apabila penyerang veteren Murray mengambil kesempatan apabila Lindelof dilihat tidak menumpukan perhatian, lalu menolak masuk bola yang dihantar oleh Solly March.

Dua minit kemudian, pasukan tuan rumah menjadikan mata 2-0 apabila Duffy memperoleh ruang untuk mengawal dan merembat masuk ke dalam gawang gol melepasi David de Gea yang tidak sempat untuk bertindak.

Walaupun memberi tanggapan bahawa dia tidak gembira di Old Trafford selepas menjaringkan gol ketika menang 2-1 ke atas Leicester City, Paul Pogba sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai kapten oleh Mourinho.

Walaupun begitu, Paul Pogba seperti langsung tidak kelihatan apabila dia dan pemain baharu Fred, yang dilaporkan bernilai £52.5 juta (RM274.42 juta) bergelut untuk mengawal permainan di tengah padang.

Di sebalik pencapaian cemerlang Brighton di bahagian serangan, kegagalan mereka untuk bertahan daripada bola mati mengancam untuk mensia-siakan usaha mereka apabila Lukaku dibiarkan berseorangan di hadapan pintu gol, di mana Lukaku mudah menanduk masuk bola yang dihantar Luke Shaw.

Tetapi kegawatan itu hanya bertahan selama 10 minit, selepas sekali lagi pertahanan goyah yang ditunjukkan oleh Baily membolehkan Brighton mengembalikan jurang dua gol.

Image result for manchester united

Dale Stephens mendahului Fred ketika mereka mengejar bola di bahagian tengah padang lalu menghantar bola itu kepada Gross sebelum pemain dari Jerman itu dijatuhkan di dalam kawasan kotak penalti.

De Gea dapat mencapai bola penalti Gross, tetapi gagal untuk menhalangnya daripada menerjah masuk ke dalam golnya.

Selepas separuh masa kedua bermula, Mourinho menoleh kepada dua wira Piala Dunia England, Marcus Rashford dan Jesse Lingard bagi menyuntik semangat ke dalam pasukannya.

Namun begitu, kerosakan telah dibuat dan Brighton kekal selesa berada di depan sehingga sepakan terakhir perlawanan itu.

Pogba merapatkan jurang defisit United apabila menjaringkan sepakan penalti selepas Duffy mengasari Marouane Fellaini, namun segalanya sudah terlambat.

Musim ketiga Mourinho apabila dia bersama Chelsea dan Real Madrid tidak pernah pulih daripada permulaan yang buruk.

Masanya di Old Trafford dilihat seperti akan menerima nasib yang sama, lebih-lebih lagi apabila mereka bakal berdepan Tottenham minggu hadapan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker