Sukan

Atlet Jepun Digugurkan Akibat Skandal Pelacuran

Empat orang pemain bola keranjang Jepun telah dihantar pulang daripada Sukan Asia dalam keadaan malu kerana didakwa membayar pelacur untuk khidmat seks, kata Majlis Olimpik Jepun (JOC) pada hari Isnin.

Pemain-pemain itu dilihat berada di kawasan pelacuran terkenal di Jakarta sambil memakai jersi kebangsaan mereka pada minggu lepas, kata pegawai dari JOC di dalam satu sidang media, dengan mengatakan keempat-empat atlet itu sudah diarahkan untuk pulang dengan segera.

Image result for japan asian games 2018 prostitute scandal

Berita mengenai Tuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato, Keita Imamura ditendang keluar akan dilihat sebagai sesuatu yang sangat memalukan bagi Jepun, yang juga terpaksa menghantar seorang atlet renang mereka pulang daripada Sukan Asia sebelum ini pada 2014 kerana mencuri sebuah kamera milik wartawan.

“Apa yang saya rasa hanya malu,” ujar chef de mission Jepun, Yasuhiro Yamashita kepada wartawan.

“Kami benar-benar meminta maaf dan akan memberikan bimbingan yang teliti daripada sekarang.”

Pemain-pemain bola keranjang itu pergi untuk menikmati makan malam selepas meninggalkan perkampungan Sukan Asia dan dipercayai ditarik untuk pergi ke sebuah hotel bersama wanita, tambah Yamashita.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada rakyat Jepun, pihak JOC dan semua orang yang menyokong sukan bola keranjang di atas kejadian tercela ini,” ujar ketua bola keranjang Jepun, Yuko Mitsuya di dalam satu kenyataan.

“Kami akan memutuskan hukuman yang setimpal bagi empat pemain ini setelah kami melihat kepada semua fakta. Kami perlu bekerja keras untuk memastikan skandal-skandal seperti ini tidak berlaku lagi.”

Image result for Naoya Tomita

Perenang Jepun, Naoya Tomita dibuang daripada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan empat tahun lalu selepas tindakannya mencuri kamera milik seorang wartawan dirakam oleh kamera keselamatan.

Ia juga bukanlah kes pertama yang melibatkan salah laku secara seksual di acara-acara sukan besar, yang selalunya menarik ribuan atlet, pegawai dan penyokong serta peminat dari seluruh dunia.

Pada Sukan Asia 2014, seorang pegawai dari Iran dihalau kerana membuat gangguan seksual secara verbal kepada seorang sukarelawan wanita, dan seorang pemain bola sepak dari Palestin dituduh mencabul seorang pekerja wanita yang sedang bertugas di perkampungan atlet.

Pada bulan April ketika Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, seorang pegawai dari Mauritius dituduh menyerang seorang atlet wanita secara seksual ketika di satu sesi penggambaran.

Pihak penganjur mengatakan lebih kurang 18,000 atlet dan pegawai sedang melawat Jakarta serta Palembang untuk Sukan Asia, sebuah Olimpik serantau yang meliputi 40 acara sukan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker