Gaya HidupKecantikan

Anda Perlu Cuba Mask No.1 Di Asia Keluaran Dr. Morita

Ramai yang mengatakan bahawa mask muka jenama Dr. Morita ini setanding dengan jenama terkenal seperti SK-II tetapi pada harga yang sangat berpatutan.

Siapakah Dr. Morita?

Jenama yang berasal dari Taiwan ini mendapat kejayaan di pusat penyelidikan dan pembangunannya di Jepun.

Gabungan sinergistik penyelidikan berteknologi tinggi dan bahan semulajadi terbaik dari Taiwan dan Jepun disulturkan semula dalam mask yang sangat berkesan dan disukai oleh wanita di seluruh rantau Asia.

Pada tahun 2004, Dr Morita memperluaskan pengeluarannya ke Taiwan dari Jepun. Kemudian ia berjaya mengembangkan sempadan sains dan konsep perubatan bagi memperkukuhkan lagi produk penjagaan kulitnya.

Dr.Morita mempunyai sekumpulan pakar perubatan dan kosmetologi perubatan untuk mengendalikan bahagian penyelidikan R&D & pengeluaran termasuk Dr.Jou Jun Xu sendiri, CEO Dr. Morita.

PhD Chunhsu Jou 周醫師 (Chief Executive Officer of Dr. Jou BioTech Co. Ltd) memperkenalkan rangkaian koleksi terbaharu mask muka Dr. Morita

Dr.Morita juga bekerjasama dengan Hospital Adventist Taiwan yang terkenal di dunia dan Klinik Kecantikan Perubatan Ming Yuan untuk meningkatkan manfaat penawaran produk mereka dengan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan.

Sebagai bukti kejayaan jenama ini, Dr. Morita dianugerahkan Anugerah Kualiti Antarabangsa pada 2017 & 2018 Monde Selection Award dari Jepun.

Dr. Morita kini adalah jenama No 1 mask di Asia. Ia mencatat sejarah 83 tahun dan merupakan salah satu pelopor dalam industri mask popular terkini.

Dr. Morita di Malaysia

Kini peminat mask Dr. Morita boleh mencantikkan lagi kulit mereka dengan pelancaran terbaru mask Dr. Morita 3-dimensi.

Rangkaian mask ini unik dan diperbuat daripada bahan Silky Moribiotex mewah. 

Ia adalah kelas perubatan yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan teknologi canggih dari Jepun.

Mask Dr. Morita Silk Fiber ini diperbuat daripada sutera mewah yang halus dan berkualiti tinggi. Ia juga sangat selesa dan sesuai dengan pelbagai bentuk wajah muka sambil melepaskan serum formulasi khasnya ke dalam kulit.

Kulit akan menjadi lebih lembut, licin, lebih menarik berbanding dengan wajah kulit sebelum ini.  Mask Sutera Dr. Morita yang terbaru ini adalah mask yang terbaik kerana ia menggabungkan lapisan sutera dengan bahan ramuan yang berkualiti tinggi.

Mask sutera ini diperbuat daripada serat sutera yang terbaik dan menggunakan intipati ternamanya yang mempunyai 3 jenis saiz molekul Asid Hyaluronik dan juga 11 jenis Amino Asid.

6 Jenis Mask Muka Sutera Baharu Dr. Morita

Mask sutera Dr Morita yang terbaru kini sedia ada dalam 6 jenis pilihan untuk kecantikan kulit anda:

Dr. Morita Silk Fiber Moisturizing Facial Mask membantu melembapkan kulit dengan intipati serum pelembapan ternamanya Asid Hyaluronik yang mengandungi molekul kecil untuk penyerapan ke dalam kulit.


Dr. Morita Silk Fiber Anti-Wrinkle Facial Mask
menggabungkan formulasi Asid Hyaluronik ternamanya dengan 25 bahan-bahan yang berkhasiat seperti Emas, Sarang Burung Walit and Sake dari Jepun. Ia berkesan untuk melambatkan proses penuaan kulit agar wajah kelihatan muda dan berseri. 

Dr. Morita Silk Fiber Whitening Facial Mask mengandungi ekstrak serum Black Pearl dengan 25 bahan-bahan berkhasiat dan formulasi Asid Hyaluronik berjenama  untuk mencerahkan masalah kulit kusam.

Dr. Morita Silky Smooth Skin Essence Facial Mask mengandungi serum pelembapan ternamanya, iaitu Asid Hyaluronik dengan molekul kecil dan bahan-bahan seperti Kedelai Hitam, Luffa, Terung dan Ekstrak Sake untuk kulit yang cerah.  Bahan aktif yang bermutu tinggi dalam rangkaian mask “Silky” dapat mencapaikan kesan pelembapan yang terbaik dan tahan lama. Ia sangat sesuai untuk kulit kering.

Asid Tranexamik dianggap sebagai ‘Payung untuk Kulit’ di industry ini. Ia adalah  berkesan untuk mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi sambil membantu mencerahkan kulit. Bahan aktif ini yang boleh didapati dalam Dr. Morita Silky Bright Skin Essence Facial Mask. Produk ini dapat mencapaikan kulit cerah yang bertahan lama kerana ia menggabungkan serum pelembapan berjenama Asid Hyaluronik, protein sutera, dan bahan pencerahan kulit yang berkonsentrasi tinggi.

Pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari (UV) boleh merosakkan kulit.  Dr. Morita Silky Glowing Skin Essence Black Facial Mask adalah pilihan yang sesuai untuk penjagaan kulit selepas sinaran UV.Ia mengandungi pelbagai ekstrak untuk melembapkan dan membinakan daya tahan kulit. Ia juga mengandungi Asik Tranexamik untuk melindungi kulit dari sinar UV sementara mencerahkan kulit. Wajah kulit akan menjadi lebih halus dan sihat.

Pelbagai mask muka Dr. Morita boleh didapati di Guardian di seluruh negara dari RM 33.87 – RM 43.30.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker