Hiburan

Scarlett Johansson Dahului Senarai Aktres Terkaya Forbes

Peranan Scarlett Johansson dalam superhero Marvel sebagai Black Widow melonjakkan pelakon itu ke puncak senarai tahunan Forbes untuk pelakon wanita dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Johansson, 33, memperoleh pendapatan sebelum cukai sebanyak AS $ 40.5 juta dari 1 Jun 2017 hingga 1 Jun 2018, iaitu empat kali ganda pendapatannya dari tahun sebelumnya, menurut pengiraan Forbes.

Johansson memainkan watak Black Widow dalam filem tahun ini Avengers: Infinity War dan akan melakonkan watak yang sama dari filem francais itu pada 2019 nanti  dalam siri keempat Avengers.

Related image

Angelina Jolie, 43, menduduki tempat kedua dengan memperoleh US $ 28 juta, sebahagian besarnya adalah bayaran untuk filem Maleficent 2, yang dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2020.

Jennifer Aniston, 49, yang masih memperoleh pendapatan sisa daripada sitkom komedi Friends 1990, berada di tempat ketiga dengan US $ 19.5 juta. Anniston juga menerima wang sebagai duta produk termasuk jenama Smartwater Coca-Cola Co dan Johnson & Johnson’s Aveeno.

Jennifer Lawrence, 28, yang membintangi filem yang kurang mendapat sambutan Mother! dan Red Sparrow, berada di tangga keempat dalam senarai Forbes dengan pendapatan yang berterusan daripada peranannya dalam siri X-Men dan kontrak sokongan dengan jenama fesyen Christian Dior. Pendapatannya yang bernilai AS $ 18 juta adalah US $ 6 juta kurang daripada tahun sebelumnya.

Di tempat kelima adalah aktres 42 tahun, Reese Witherspoon yang menerima pendapatan US $ 16.5 juta. Selebihnya yang tersenarai dalam 10 teratas ialah Mila Kunis, Cate Blanchett, Melissa McCarthy dan Gal Gadot.

Pelakon berpendapatan tertinggi tahun lalu yang juga memenangi anugerah Oscar menerusi filem La La Land, Emma Stone, jatuh dari kedudukan 10 teratas.

Image result for forbes 2018 actress highest paid

Senarai Forbes 2018 untuk pelakon lelaki dijangka dikeluarkan minggu depan. Tahun lepas, Mark Wahlberg mengetuai senarai itu dengan US $ 68 juta menerusi filem Daddy’s Home 2 dan Transformers: The Last Knight.

Forbes berkata kekurangan peranan wanita bermakna terdapat peluang yang lebih sedikit bagi bintang-bintang untuk mendapatkan pendapatan yang besar. Hanya dua wanita yang memperoleh pendapatan melebihi AS $ 20 juta, berbanding tiga orang pada 2017 dan empat orang pada 2016.

Majalah itu mengumpulkan senarai pendapatan selebriti tahunannya menerusi filem box office dan data daripada Nielsen, serta dari wawancara dengan orang dalam industri Hollywood. – Asia One

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker