Sukan

Sasaran Baharu FAM Di Sukan Asia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) begitu teruja sehingga mempercayai pasukan bola sepaknya mampu mara ke peringkat separuh akhir di Jakarta.

Jika anak buah Ong Kim Swee mampu mencapai sasaran baharu yang diletakan oleh FAM, ia adalah kali pertama Malaysia mara sejauh itu sejak kemunculan mereka di peringkat separuh akhir edisi 1978 di Bangkok.

Pasukan kebangsaan Bawah-23 sudahpun mencapai sasaran awal FAM untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir, selepas kemenangan mereka ketika menewaskan Kyrgyzstan 3-1 dan Korea Selatan dengan mata 2-1 di dalam Kumpulan E dengan baki satu lagi perlawanan menentang Bahrain yang akan berlangsung pada hari Isnin.

Selepas itu, mereka akan berdepan pasukan yang menduduki tempat kedua dari Kumpulan D, sama ada Jepun atau Vietnam.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kemenangan mereka ke atas Korea telah memberikan suntikan semangat dan kepercayaan terhadap diri mereka sendiri bahawa mereka boleh pergi jauh di dalam pertandingan ini.

“Kita menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil di dalam dunia bola sepak. Kami menewaskan juara bertahan Korea apabila semua orang mengatakan kami akan tewas kepada mereka.

“Walau bagaimanapun, saya tidak mahu para pemain kita menjadi terlalu yakin berdasarkan keputusan baru-baru ini kerana pertandingan ini masih lagi di peringkat kumpulan.

“Pemain kita perlu mengekalkan momentum kemenangan mereka dan tumpukan perhatian untuk mendapatkan keputusan yang baik ketika menentang Bahrain.

“Nasihat saya kepada mereka adalah untuk melupakan kemenangan mengejut mereka ke atas Korea kerana itu sudah menjadi sejarah.

“Saya mahu para pemain untuk pergi jauh dan mungkin menetapkan minda mereka untuk mencapai peringkat suku akhir dahulu, kemudia separuh akhir.

“Siapa tahu…mungkin mereka dapat membawa pulang pingat,” kata Hamidin di forum Liga Bola Sepak Malaysia pada hari Sabtu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker