BudayaGaya Hidup

Membuang Dosa Dari Badan Hanya Dengan Ayat Quran

Pembuang tatu Indonesia, Sandi Widodo menjalankan perniagaan mengikis dosa dari kulit manusia dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan.

Bagi umat Islam yang berminat untuk membuang tatu di kedai Sandi Widodo yang terletak di Jakarta, mereka harus membaca 50 hafazan ayat al-Quran dan bertaubat atas kesilapan itu.

Itulah harga kecil yang perlu dibayar oleh Riki Irawan yang berhasrat untuk menyingkirkan tiga lukisan tatu pada badannya. Selain untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, Riki perlu menanggalkan tatu itu kerana ibu bapa tunangnya tidak akan membiarkan dia berkahwin dengan anak perempuan mereka kecuali setelah bebas tatu.

Namun, berdasarkan perniagaan di klinik Sandi yang mempunyai senarai menunggu lebih dari 1,000 orang, Riki bukanlah satu-satunya individu yang menyesal kerana mencacah seni badan itu.

Stigma mengenai tatu telah lama memudar di Barat dengan semua orang termasuk pelajar kolej hingga ke selebriti dan atlet dilihat bangga mempamerkan seni tubuh mereka di khalayak ramai.

Tetapi di sesetengah negara Asia, tatu sering dikaitkan dengan jenayah dan kesalahan moral. Tatu juga diharamkan dalam Islam menjadikannya sesuatu yang dipandang serong di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.

“Ia tidak selesa untuk ke masjid apabila bertatu. Saya cuba bertindak normal, tetapi orang melihat saya,” kata Sandi yang masih mempunyai tatu pudar di sebelah wajahnya.

Image result for sandi widodo

Sandi pernah menjadi pelukis tatu yang berjaya di pulau peranginan Bali yang dikuasai oleh orang Hindu, di mana penduduk tempatan sering mencacah seni tubuh itu.

Tetapi untuk Sandi, mencari dan menemui agama menandakan titik perubahan dalam hidup dan menyebabkannya berpaling dari perniagaan haram itu.

“Tatu dikaitkan dengan perkara negatif seperti dadah dan parti. Jadi, saya memutuskan untuk berhenti dan menjual peralatan saya.”

Para ulama Muslim Indonesia mengatakan pilihan Sandi adalah tepat.

“Tatu tidak dibenarkan dalam Islam kerana anda bukan sahaja menyakiti diri sendiri, tetapi ia mengubah ciptaan Tuhan,” kata Huzaemah Tahido, seorang pegawai di Majlis Ulama Indonesia, badan keagamaan tertinggi.

“Jika boleh, tanggalkan tatu anda dan bertaubat. Jika anda tidak dapat menanggalkannya kerana terlalu menyakitkan, maka biarkannya, tetapi anda masih perlu bertaubat.”

Image result for sandi widodo

Bagi mereka yang ingin menanggalkan tatu, banyak klinik Indonesia menawarkan perkhidmatan itu. Tetapi kebanyakannya mengenakan harga yang mahal dan rawatan yang berulang-ulang kali untuk membersihkan pigmentasi warna.

Kerana harganya yang mahal, ramai penduduk Indonesia tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan itu. Sebagai tindak balas, kedai-kedai penyingkiran tatu yang lebih murah telah dibuka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun-lalu lalu, pilihan yang lebih murah tidak tersedia untuk peminat tatu yang menyesal seperti Sandi. Oleh itu, Sandi memulakan kedai penyingkiran tatu dengan kempen pendanaan orang ramai yang mengumpul kira-kira AS $ 6,500 (RM26, 374) – cukup untuk sepasang mesin penyingkiran laser.

Kedainya, yang mempunyai tanda yang berbunyi “Jatuhkan dosa-dosamu, genggam tangan seorang saudara Muslim”, telah dibuka pada musim panas lalu.

Dia telah menanggalkan tatu daripada beberapa ratus pelanggan dan banyak lagi yang tidak sabar untuk menggunakan  perkhidmatannya dengan bayaran 150,000 rupiah (RM42). РThe Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker