Gaya HidupKerjaya

10 Kerjaya Dengan Gaji Lumayan Tanpa Perlu Ke Universiti

Jika anda tidak diterima masuk ke universiti, jangan fikir itu adalah pengakhiran hidup anda. Ketahuilah bahawa terdapat banyak lagi peluang untuk anda tetap berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, anda tetap harus mempunyai sekurang-kurang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki dunia kerjaya ini.

1. Agen Insuran

Bagi membolehkan anda bergelar agen insuran, anda perlu lulus ujian kelayakan untuk menjadi penasihat kewangan. Walaupun ramai antara kita yang sedikit rimas dengan agen insuran ini, tahukah anda dengan menceburi bidang pekerjaan ini telah ramai yang berjaya malah bergelar jutawan!

Ramai juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjadi agen insuran sepenuh masa. Ini kerana, selama mana pemegang insuran kekal dengan polisi insuran berkenaan selama itulah agen insuran ini akan memperolehi keuntungan.

Polisi pula memakan masa bertahun-tahun. Jika berjaya menjual polisi bernilai jutaan ringgit, beratus -ratus ribu juga bakal diperolehi selama bertahun-tahun.

2. Agen Hartanah

Untuk menjadi agen hartanah, anda perlu memiliki sijil perakuan untuk kelulusan ‘profesional’. Mereka yang bekerja dalam bidang ini berjaya mengaut keuntungan yang sangat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual.

Ada yang mendapat untung menjangkau RM50,000 jika dalam tempoh sebulan berjaya menjual 2 buah rumah dengan harga jutaan ringgit.

3. Inspektor ‘Offshore’

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang minyak dan gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy dan syarikat berkaitan dengannya. Kerjaya ini sangat sesuai dengan anda tetapi anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh beberapa institusi seperti CSWIP , Jabatan Pembangunan Kemahiran (Skills Malaysia) NIOSH untuk memperolehi kepakaran dan kelayakan bekerja dalam bidang tersebut.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan seperti CSWIP, ianya diiktiraf di Malaysia termasuk di peringkat antarabangsa.

Memandangkan syarikat oil and gas ini sememangnya syarikat besar dan bertaraf antarabangsa sudah tentu keuntungan syarikat bernikai berbilion-bilion ringgit setiap tahun.

Jika keuntungan yang diperolehi besar sudah tentu gaji pekerja, bonus tahunan juga lumayan walaupun jika anda pekerja sebagai pencuci pelantar minyak sekalipun.

4. Pengimpal Plastik

Mereka bertanggungjawab untuk mengimpal plastik seperti paip dan sebagainya. Kerjaya ini juga turut akan menjana pendapatan yang lumayan tanpa perlu ada pendidikan. Cuma perlu ada kemahiran sahaja.  

5. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Semua syarikat pembinaan memerlukan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan –Safety & Health Officer (SHO). SHO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi mengikut standard yang telah ditetapkan oleh NIOSH DOSH.

NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia)adalah satu badan yang banyak menawarkan sijil-sijil professional. Gaji yang ditawarkan untuk kerjaya SHO ini cukup lumayan!

6. Juruelektrik (Wireman)

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak, wireman diperlukan. Mereka harus mempunyai kebolehan pelbagai peringkat bagi mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil. 

7. Chargeman

Mereka ini mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah). Walaupun kerjaya sebegini berbahaya kerana harus bermain dengan elektrik bervoltan tinggi, namun ianya memberi pulangan yang lumayan!.

8. Operator Kren

Terdapat pelbagai jenis operator kren dan semuanya memerlukan kemahiran serta koordinasi yang baik. Laman web skillspower.my menyatakan gaji purata bagi operator kren adalah RM4000 (tidak temasuk OT dan elaun lapangan).

9. Pengendali Mesin Boring

Mesin boring ialah jentera ni membuat lubang dalam tanah di tapak pembinaan. Gaji operator mesin boring ini boleh mencecah RM7000.

10. Pemandu Lori Muatan Besar

Jika anda berumur 21 tahun ke atas, anda boleh mengambil lesen GDL E Full (bersendi). Terdapat syarikat yang menawarkan gaji asas bermula RM4000 bagi kerja ni (belum termasuk OT atau elaun luar kawasan). Bagi yang berminat untuk sentiasa bergerak dan bekerja luar kawasan, pekerjaan ini sesuai untuk anda.

Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker