Gaya HidupPercutian

Wajah Baru Hotel Lapangan Terbang

Di Tune Hotel yang baru diubah suai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kesederhanaan yang sempurna bermaksud berpegang pada asas-asas hospitaliti perhotelan dan menolak elemen yang tidak diperlukan.

Proses daftar masuk ke Tune Hotel tidak melebihi empat minit. Bar hotel hanya dipanggil “Minum” sementara restoran yang beoperasi sepanjang hari pula dipanggil “Makan”.

Bilik-biliknya bersih dan dilengkapi katil selesa dengan cadar lembut daripada kain kapas selain turut dibekalkan dengan perkhidmatan WiFi yang laju.

Related image

Walau bagaimanapun, tetamu yang datang untuk meraikan penampilan baru hotel ini mengatakan bahawa banyak yang telah berubah berbanding di awal penubuhannya.

Pada tahun 2007, bilik tanpa penghawa dingin boleh disewa dengan harga RM9.90 manakala kos tambahan untuk bilik sejuk pula bermula pada kadar RM12 hingga RM15.

Hari ini, hotel lapangan terbang dengan 452 buah bilik itu mencatatkan kira-kira 500 daftar masuk setiap hari dan penghawa dingin bukan lagi masalah. Bilik-bilik yang baru diperbaharui di Garden Wing dengan dinding bilik mandi kaca, menjadikan ruang bilik lebih besar.

Tuala dilipat menjadi bentuk bunga dan anda boleh meminta lebih banyak tuala tanpa perlu membayar caj tambahan. Terdapat juga minyak pati serai dalam pencuci tangan, haruman lavender dalam pencuci badan dan kesegaran pudina dalam syampu rambut.

Related image

Menambah sentuhan kreatif dalam bilik adalah papan notis yang memaparkan promosi terkini hotel. Para tetamu juga dialu-alukan untuk mengambil poskad percuma yang sebahagiannya menampilkan karya daripada artis Malaysia Marvin Chan.

Untuk meraikan wajah baru hotel ini, Steve Earl, seorang chef Australia yang mengendalikan restoran La Bimba di Great Ocean Road, Victoria, telah diterbangkan untuk memasak lima hidangan lobster, wain dan itik panggang di Makan.

Acara itu juga menyaksikan pengumuman Ormond Hotel yang akan didirikan di Chow Kit, yang dijadualkan siap pada 2019. Hotel 115 bilik itu akan ditempatkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan reka bentuknya akan menampilkan sejarah berwarna-warni masa lalu Chow Kit.

Rangkaian Ormond Hotel adalah sebahagian daripada jenama perhotelan baru Tune Hotel Group. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker