Gaya HidupKecantikan

Semakin Ramai Lelaki di China Memakai Mekap

Bintang kecantikan dalam talian membentuk satu industri yang besar di China, dengan selebriti internet atau dikenali sebagai “wang hong” menggabungkan antara industri hiburan dan e-dagang.

Syarikat-syarikat seperti Alibaba dan JD.com telah melancarkan platform “live streaming” yang membolehkan penonton membeli produk di mana sahaja sambil menonton video.

Jenama kosmetik pula membayar sejumlah wang yang besar untuk selebriti dalam talian yang selalunya wanita, untuk memberi “review” terhadap produk baru mereka.

Tetapi kini pasaran dan norma jantina berubah dengan kosmetik tidak lagi dilihat hanya dikhususkan semata-mata untuk wanita dan selebriti lelaki menunjukkan bahawa ianya tidak menjadi masalah untuk lelaki mengenakan mekap.

Apabila Jiang Cheng pertama kali mencuba sedikit concealer semasa tahun pertama menuntut di sebuah universiti di China, ia memberinya keyakinan diri dan sejak itu Jiang telah ketagih dengan mekap.

Sekarang dia adalah antara beratus-ratus lelaki China yang berkongsi tips kecantikan dalam talian dan menerima wang dalam industri kosmetik lelaki yang sedang berkembang pesat.

“Saya mendapati bahawa penggunaan solekan sebenarnya agak mudah. Wanita mungkin tidak sepenuhnya memahami konsep mekap lelaki,” kata jejaka berusia 24 tahun tersebut.

Setiap hujung minggu, Jiang menghabiskan beberapa jam bersama telefon bimbitnya di studio kasualnya di Beijing untuk memberi review kepada produk kecantikan terbaru  di hadapan beratus-ratus penonton siarannya yang juga boleh membeli produk itu secara serentak.

Jiang berkata firma yang menguruskan blogger membayarnya sekitar 5,000 yuan (RM2,978) sebulan untuk menampilkan pelbagai produk dari syarikat kosmetik.

Related image

Pasaran kecantikan lelaki dijangka meningkat 15.2% dalam tempoh lima tahun akan datang di China berbanding peningkatan global sebanyak 11% dalam tempoh yang sama, menurut firma penyelidikan Euromonitor.

Semakin banyak syarikat asing seperti La Mer dan Aesop bekerja dengan blogger video seperti Lan Haoyi, yang dikenali sebagai Lan Pu Lan dalam talian, untuk mempromosikan produk mereka kepada hampir 1.4 juta pengikutnya.

Lelaki berusia 27 tahun itu membelanjakan sehingga 10,000 yuan (RM5,957) sebulan untuk produk kecantikan dan berkata “Little Fresh Meat”, istilah yang merujuk kepada lelaki cantik muda, sedang menerajui trend ini.

Walaupun ramai yang menerima perkara itu, blogger video itu mengatakan bahawa dia masih menerima mesej benci dan kritikan kerana muncul mengenakan mekap.

Tetapi Mo Fei, pengarah eksekutif Chetti Rouge, syarikat kosmetik China yang mensasarkan produk lelaki secara eksklusif, mengatakan bahawa persepsi itu akan berubah dari masa ke masa.

“Semakin banyak lelaki yang lebih berhati-hati dengan cara penampilan diri mereka dan permintaan mekap lelaki akan meningkat. Lelaki di Timur lebih menerima,” kata Mo. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker