Isu SemasaPolitikTempatan

Pemimpin Kerajaan PH Masih Lagi Berfikiran Seperti Pembangkang?

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa sesetengah barisan kepimpinan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih lagi mempunyai mentaliti dan bersikap seperti pembangkang dan memerlukan masa untuk mengubah ‘mindset’ atau cara pemikiran mereka.

Dr. Mahathir berkata, ini adalah kerana mentaliti itu sudah sebati dengan mereka memandangkan mereka telah menjadi pembangkang buat tempoh yang terlalu lama, iaitu lebih daripada enam dekad.

“Apabila┬ámereka menjadi kerajaan, sifat-sifat pembangkang masih muncul dan mempengaruhi cara mereka berfikir.

“Tetapi dalam tempoh masa yang pendek, mereka perlu melakukan perubahan. Kini, mereka sedar bahawa mereka adalah pemerintah,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Felo Perdana baru-baru ini.

Program Felo Perdana merupakan sebuah platform yang memberi peluang dan pengalaman eksklusif kepada belia Malaysia untuk terlibat secara langsung dalam urus tadbir kerajaan dan proses pembangunan negara.

Memetik laporan New Straits Times, seramai 60 orang pemuda telah dipilih untuk menjadi Felo kepada anggota-anggota Menteri Kabinet.

Difahamkan, setiap menteri menerima dua orang Felo kecuali Kementerian Belia dan Sukan (KBS), yang mengambil empat orang Felo.

Perdana Menteri berkata, menasihatkan supaya semua peserta yang terlibat dalam program ini untuk menimba ilmu dan mempelajari kepimpinan daripada pemimpin-pemimpin yang sudah berpengalaman.

Tambahnya lagi, Felo-felo yang terlibat juga bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Sekiranya anda bukan pemimpin kerajaan, anda masih perlu tahu bagaimana untuk menjadi pembangkang yang baik dan bagaimana untuk membangkang.

“Bagi mereka yang (bakal) menjadi pemimpin kerajaan, anda perlu tahu bagaimana untuk bertindak,” ujar beliau.

Dr. Mahathir berkata, golongan yang sudah berumur seperti dirinya sendiri, akan memberi laluan kepada golongan muda untuk memimpin apabila tiba masanya.

“Kita perlu bersedia untuk masa depan. Program ini akan membolehkan generasi muda untuk mempelajari bagaimana untuk menjadi kerajaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah menurut Dr. Mahathir, seseorang individu itu tidak perlu menjadi ‘tua’ untuk menjadi menteri di dalam kerajaan, sambil memberikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berusia 25 tahun sebagai contoh.

Tegas beliau, apa yang penting adalah seseorang itu perlu mempunyai ciri-ciri yang betul untuk menjadi pemimpin yang baik.

“Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pemimpin di bawah sistem demokratik. Tetapi, sekiranya orang jahat yang menjadi pemimpin, maka sistem akan menjadi teruk juga,” jelasnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker