Uncategorized @ms

Fakta Menarik Kempen Sukan Asia Malaysia Sebelum Ini

— Kemunculan pertama Malaysia id Sukan Asia

 

Malaysia yang masih dikenali sebagai Malaya pada ketika itu, muncul buat pertama kali di Sukan Asia pada edisi 1954 Manila dan hanya diwakili oleh sembilan orang atlet sahaja.

Walau bagaimanapun, mereka sekadar pulang dengan tangan kosong.

Jepun muncul juara keseluruhan apabila meraih 38 pingat emas, 36 perak dan 24 gangsa.

 

— Pingat pertama

 

Malaysia yang diwakili 80 orang atlet, meraih pingat pertamanya pada Sukan Asia edisi 1958 di Tokyo.

Mereka berjaya mendapatkan tiga pingat gangsa menerusi Abdul Rahman Ahmad yang bertanding di dalam acara 400 meter lelaki, Tan Kim Bee dengan middle heavyweight lelaki dan Gladys Loke-Katherine Leong untuk acara beregu wanita di dalam sukan tenis.

Kontinjen Malaysia menduduki tempat ke-15 secara keseluruhan daripada pungutan pingat.

 

— Pingat emas pertama

 

Pelari pecut Tan Sri Dr M Jegathesan yang hanya berusia 19 tahun pada ketika itu, menghadiahkan pingat emas Sukan Asia pertama buat negara di sukan edisi 1962 di Jakarta. Beliau memenangi acara 200 meter lelaki dan memasang rekod baharu acara itu pada 21.30 saat.

Beliau juga turut meraih pingat perak dalam acara 100 meter dan 4×400 meter untuk menjadi atlet paling berjaya di dalam sukan itu.

Kemudian, pemain badminton negara, Tan Yee Khan dan Ng Boon Nee menambah jumlah pungutan pingat emas menerusi acara beregu lelaki.

Malaya menamatkan kempennya pada ketika itu dengan 2-4-9 untuk menduduki tempat ke-8 secara keseluruhan.

 

— Sukan paling berjaya di Malaysia

 

Boling adalah penyumbang utama pingat emas bagi Malaysia.

Para pemain bowling Malaysia secara konsisten telah menyumbangkan pingat sejak edisi tahun 1994 Hiroshima lagi, dengan jumlah 10-11-7, sementara skuash pula penyumbang kedua terbanyak dengan 9-5-7.

 

Manakala acara olahraga pula memberikan Malaysia 8-8-18 dan karate 8-7-15.

 

— Atlet Malaysiqa yang paling berjaya

 

Nicol David yang merupakan juara dunia sebanyak 8 kali, telah memenangi lebih banyak pingat emas Sukan Asia berbanding mana-mana atlet Malaysia yang lain.

Beliau telah mengumpul enam pingat emas – empat daripada perseorangan wanita dan dua melalui acara beregu.

Tiga lagi atlet yang lain – Jedathesan, Boon Bee dan pemain boling Shalin Zulkifli – masing-masing telah memenangi empat pingat. Nicol yang berumur 35 tahun dan Shalin, 40, akan memperoleh peluang sekali lagi untuk menambah koleksi pingat mereka apabila bertanding di Indonesia.

 

— Kutipan terbaik

 

Malaysia telah merekodkan pencapaian terbaik mereka di Sukan Asia edisi 2010 di Guangzhou dengan 9 emas, 18 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tempat ke-10 secara keseluruhan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker