Events

Animangaki 2018 Kembali!

Pesta anime, comic & games Animangaki kembali lagi untuk tahun ini!

Animangaki 2018 merupakan salah sebuah konvensyen peminat manga, anime, komik dan muzik yang terbesar di Malaysia dan akan berlangsung pada 18 dan 19 Ogos ini di Sunway Pyramid Convention Center, Sunway Pyramid.

Bertemakan Role Playing Game (RPG) bagi tahun 2018, Animangaki kali ini menampilkan pelbagai acara yang menarik sepanjang 2 hari pesta berlangsung.

Antara acara yang bakal menjadi tumpuan adalah pertandingan cosplay, AniManGaki Idol, Art Competition, Omatsuri, pertandingan permainan video, dan bermacam lagi yang anda harus datang untuk ketahui.

Untuk tahun ini juga, Tokimeki JUMP, Hayashiforest, Harmonica ACG, Nandemo ii, Mystical Mirage, The Crestfall Band dan 02 Pro akan menghiburkan anda pada sesi stage & band performance.

Selain itu, lebih daripada 60 gerai pameran termasuk studio, produk, cenderahati anime, dan berbagai lagi akan mewarnai pesta ini.

Bagi peminat yang inginkan barangan anime dan comic buatan sendiri, lebih 120 gerai artis doujin menanti kunjungan anda.

Animangaki 2018 kali ini turut menjemput beberapa artis dan individu tumpuan seperti Donna Bruke feat. Ganime Jazz, penyanyi dan pelakon suara dari Australia yang menetap di Jepun; Serg Loki Mirage, cosplayer dari Rusia; Moriyama Daisuke, artis komik Jepun yang terkenal dengan karya Chrono Crusade; Chinnie dan Yugana Senshi Uon, cosplayer dari Malaysia dan ramai lagi yang akan mengongsikan pengalaman dan informasi bersama pengunjung.

Bagi pesta tahun ini, Animangaki 2018 menyasarkan kehadiran lebih daripada 20,000 pengunjung dari Malaysia serta negara jiran yang lain.

Get your anime mode on and let’s Animangaki!

Laman web rasmi: www.animangaki.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker