AntarabangsaIsu Semasa

Satelit Baru China Akan Pantau Setiap “Karang Dan Kapal” Di Laut China Selatan

China bakal membina satelit-satelit komersial canggih untuk memantau “setiap karang dan kapal” di kawasan perairan dipertikaikan, Laut China Selatan demi melindungi kedaulatan negara serta memperkasakan lagi inisiatif Belt and Road yang diperkenalkan oleh Presiden Xi Jinping.

Menurut pakar, sistem pemantauan rangkaian ini dijangka akan siap dibina menjelang tahun 2021, dan ia turut meliputi Lautan India dan sebahagian daripada Selat Melaka.

Teknologi ini sekali gus akan memberi kelebihan kepada China dalam rundingan bagi menetapkan sempadan-sempadan di kawasan perairan berkenaan.

Memetik laporan South China Morning Post, secara keseluruhan, China akan membina enam satelit optik, dua satelit hiperspektral, dan dua satelit radar yang akan melakukan pemantauan secara langsung di Laut China Selatan,  serta memantau kawasan-kawasan penting beberapa kali sehari sebagai sebahagian daripada Hainan satellite constellation system.

Yang Tianliang, pengarah Sanya Institute of Remote Sensing berkata, rangkaian satelit ini akan membolehkan pihak berkuasa di Hainan untuk mempercepatkan tindak balas mereka terhadap sebarang insiden kecemasan, khususnya di Laut China Selatan, dan meningkatkan penerokaan serta pembangunan di semua kawasan perairan yang dikatakan “kaya dengan sumber” itu.

“Setiap karang, pulau, dan kapal di Laut China Selatan akan berada di bawah pengawasan ‘mata angkasa’.

“Sistem ini akan memperkukuhkan kedaulatan negara, perlindungan perikanan, dan operasi mencari dan menyelamat marin,” katanya.

Difahamkan, program satelit ini dilaksanakan oleh Chinese Academy of Sciences. Di dalam fasa pertamanya, tiga satelit optikal akan dilancarkan pada tahun depan.

Satelit tersebut akan dilengkapi dengan sensor kawalan optik, sistem untuk mengesan kapal, dan kamera yang dibina khusus untuk memantau permukaan laut.

Bukan itu sahaja, malah satelit-satelit ini juga berkemampuan untuk memantau seluruh Laut China Selatan dalam tempoh beberapa hari sahaja, berbanding peralatan semasa yang mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan untuk berbuat demikian.

Bagi fasa kedua, dua satelit hiperspektral yang akan dilancarkan pada tahun 2020 dikatakan mampu menilai keadaan laut, manakala radar satelit synthetic aperture yang bakal dihantar ke angkasa lepas dalam fasa ketiga pula akan membolehkan pemantauan keadaan cuaca dengan lebih berkesan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker