Sukan

Real Tempang Tanpa Ronaldo, Zidane

Hidup tanpa Cristiano Ronaldo dan Zinedine Zidane sudahpun dilihat seperti sangat sukar buat Real Madrid selepas pemenang Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali itu tewas kepada lawan seteru, Atletico Madrid dengan mata 4-2 di dalam perlawanan Piala Super UEFA.

Setelah dibolosi terlebih dahulu hasil jaringan Diego Costa, gol karim Benzema dabn Sergio Ramos kembali meletakkan Real di hadapan, namun Real kemudian seperti hilang arah sehingga mereka menyerahkan pendahuluan yang mereka perolehi sebelum itu.

Real yang kini dibimbing oleh bekas jurulatih Sepayol, Julen Lopetegui, kelihatan lebih kuat dan licik berbanding Atletico di kebanyakan waktu di dalam perlawanan itu. Walau bagaimanapun, mereka gagal memanfaatkan kelebihan itu, berbeza dengan Real ketika di bawah Zidane di mana mereka sering mendapatkan kemenangan walaupun ketika tidak bermain dengan baik.

Kestabilan pasukan Real goyah apabila Casemiro terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan emapt minit kemudian, Costa menjaringkan gol keduanya untuk menjadikan mata 2-2.

Yang paling ketara, Real seperti hilang arah tanpa kelibat Ronaldo, penjaring terbanyak mereka yang menamatkan karier yang dipenuhi trofi sepanjang sembilan tahunnya di Santiago Bernabeu untuk menyertai jaura Itali, Juventus.

Pembelian bakat baru yang dibuat oleh Real pada kali ini hanyalah Alvaro Odriozo;a, penjaga gol Thibaut Courtois dan remaja Brazil, Vinicius Jr.

Penyerang Real, Gareth Bale, Marco Asensio dan Karim Benzema adalah pemain yang sangat berbakat, tetapi mereka mereka kekurangan kualiti yang memberikan inspirasi seperti yang diberikan oleh penyerang Portugal itu.

Lopetegui berkeras anak buahnya bermain dengan baik sambil mengisytiharkan bahawa Atletico layak memenanginya.

“Perlawanan akhir biasanya dimenangi pasukan yang sentiasa mencari peluang dan mengambilnya dan Atletico adalah¬† pakar di dalam berbuat demikian dan mereka berhak memenanginya,” ujar jurulatih Real itu kepada wartawan.

“Kami tidak gembira dengan keputusannya, ia tidak normal bagi kami untuk dibolosi sebanyak empat gol dan kami perlu memperbaikinya. Saya berkeras bahawa kami bermain dengan baik, tetapi mereka menghukum kami dengan gol-gol mereka.”

Lopetegui melalui musim panas yang bergelora selepas dipecat sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Sepanyol pada malam sebelum Piala Dunia bermula. Kemudian berdepan dengan tugasan  memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan Zidane, yang berjaya menjulang sembilan trofi ketika tiga tahunnya bersama Real, termasuklah tiga kali kemenangan Liga Juara-Juara berturut-turut.

Namun begitu, jurulatih berkenaan berkata bahawa pasukannya masih mengimpikan untuk memenangi trofi.

“Benar mereka telah banyak menang tetapi kami perlu memberikan tumpuan kepada musim baharu ini tanpa memikirkan mengenai apa yang berlaku di beberapa tahun yang lepas ini,” tambah Lopetegui yang bakal membimbing anak buahnya berdepan Getafe pada hari Ahad di dalam perlawanan pertama mereka di musim baharu La Liga.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker