Gaya Hidup

Panduan Menggunakan Warna Merah Jambu Pada Ruang

Apabila memperkatakan pilihan warna tema untuk ruang kediaman, merah jambu sering dikaitkan dengan anak perempuan. Malah, ada golongan dewasa terutama wanita menggemari warna lembut ini.

Terkini, merah jambu tidak hanya terhad untuk menghiasi ruang yang dihuni wanita kerana ada juga memilih warna ini sebagai tema keseluruhan kediaman termasuk di ruang tamu yang menjadi tumpuan ahli keluarga.

Sebetulnya, merah jambu yang sinonim dengan warna lembut tidaklah menunjukkan sifat feminin jika dipaparkan dalam rona pekat atau garang.

Walaupun ada yang menggunakannya, hakikatnya merah jambu bukanlah warna yang kerap kelihatan. Ia kurang diketengahkan berbanding warna neutral dan lembut lain seperti putih dan krim.

Namun, ia kerap dilihat menghiasi bilik tidur anak perempuan, sama ada kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Hanya mereka yang berani dan tetap hati sanggup menggunakan warna tema ini di seluruh ruang kediaman. Kebanyakannya memilih merah jambu untuk ruang tertentu, misalnya di bilik tidur atau ruang tamu.

Image result for pink home decor

Bagaimanapun, tiada siapa menafikan merah jambu adalah warna yang manis dan enak dipandang. Jika diketengahkan dalam rona yang terlalu pekat dan menyerlah, ia boleh menekan emosi tanpa kita sedari.

Bagi mengelak gangguan ini, sewajarnya merah jambu digandingkan dengan putih kerana ia dapat meredakan kehangatan rona berkenaan, cadang StyleCaster.

Boleh juga dipadankan dengan warna lembut atau sedikit kelam dengan syarat dihadkan kepada dua atau tiga saja padanan warna. Perlu diingatkan, gandingan dengan pelbagai warna boleh menenggelamkan tema merah jambu yang ingin ditonjolkan.

Penggayaan warna tema ini bebas, namun hanya daya kreativiti suai padan warna berupaya mewujudkan suasana menarik. Silap penggayaan suasana nampak janggal dan kurang menarik dipandang.

Penggunaan sedikit simbahan merah jambu di ruang serba putih pula sudah cukup menonjolkan kehadiran warna itu. Ia mungkin diketengahkan menerusi dinding, fabrik atau hamparan di lantai.

Image result for pink home decor

Jika memilih untuk mengecat keseluruhan dinding dengan merah jambu, pilih rona lebih lembut bagi mengelak tekanan dan menampakkan suasana luas. Jika memilih warna menyerlah, perlihatkan dalam kadar sedikit dan lebihkan padanan warna lembut atau neutral.

Sebagaimana warna lain, merah jambu juga boleh didapati dalam pelbagai rangkaian rona daripada cerah, gelap hingga menyerlah. Warna yang mirip merah jambu ialah merah kekuningan atau peach dan ungu kemerahan.

Bagi menampakkan suasana ‘pop’ dalam bilik misalnya, cuba berikan sentuhan merah jambu menyerlah atau fuchsia. Pilihan warna ini sesuai dipamerkan pada satu bahagian dinding saja dan imbangkan dengan warna lebih cerah pada dinding lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker