FesyenGaya Hidup

‘Fesyen Hodoh’ Trend Terbaru Tahun Ini?

Trend fesyen datang dan pergi tetapi satu perkara yang mempunyai persamaan, trend yang singgah dianggap menarik oleh penggemar fesyen sendiri.

Sekarang apabila melihat kembali gambar-gambar feysen lama, ia akan membuatkan anda menyesal kerana pernah terpengaruh tetapi pada masa itu, fesyen terbabit pernah menjadi trend ramai.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2018 terdapat satu trend baru muncul dalam dunia fesyen yang dikenali sebagai fesyen hodoh.

Ia layak mendapat panggilan “hodoh” kerana ini bukan sekadar pendapat. Secara objektif, pereka fesyen sengaja menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan dan dianggap hodoh pada pandangan mata.

Contohnya, koleksi Balenciaga x Crocs atau koleksi Rick Owen yang sangat aneh. Tetapi mengapakah kita tiba-tiba obses dengan fesyen yang hodoh?

Related image

Satu penjelasan yang mungkin adalah kerana dalam dunia ekonomi yang semakin kompetitif, kita telah menjadi ‘kalis trend’.

Dunia fesyen bergerak lebih cepat dari sebelumnya dan bukannya melihat gaya baru muncul setiap dekad atau tahun, menyebabkan kita kini melihat trend yang berbeza muncul setiap bulan.

“Hal ini menyebabkan manusia kalis dengan trend yang baru muncul,” jelas Dawnn Karen, ahli psikologi yang mengetuai pergerakan psikologi fesyen.

Untuk mengekalkan momentum, pereka fesyen kemudian bertindak balas dengan membuat koleksi lebih berani dan aneh dalam mempamerkan kelaianan dalam industri fesyen itu.

“Fesyen hodoh adalah cara untuk membangunkan mereka yang telah lama kalis trend,” kata Karen.

Pada tahap yang lebih peribadi, fesyen hodoh juga menjadi trend kerana manusia ingin sesuatu yang berbeza untuk memecahkan monotoni yang dirasakan.

“Apabila seseorang memakai sneaker hodoh  atau sweater yang hodoh, kita akan melihat kerana mereka menentang norma kebiasaan,” tambah Karen.

Image result for ugly fashion

Satu lagi penjelasan yang mungkin berlaku untuk kebangkitan fesyen hodoh ialah kerana keghairahan pereka untuk mencipta sesuatu yang mencipta fenomena. Dalam industri ini, terdapat peningkatan fesyen yang terlalu cepat jadi pereka akan bertindak di luar kemampuan mereka.

Secara alternatif, fesyen hodoh juga boleh menjadi tindak balas yang lebih meluas kepada gerakan #MeToo.

Jika dahulu bergaya dianggap untuk menarik perhatian tetapi wanita kini mempunyai tujuan lain dalam berpakaian. Dalam pengertian ini, pakaian ‘hodoh’ adalah satu bentuk protes untuk menunjukkan bahawa mereka tidak lagi memerlukan kebenaran sesiapa untuk bergaya. – HarpersBazaar

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker