Isu SemasaPolitikTempatan

’50 Markah’ Untuk Pentadbiran 100 Hari Pakatan Harapan

Tempoh pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan genap 100 hari tidak lama lagi sejak mereka mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada bulan Mei selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bagi menilai prestasi pentadbiran PH bagi tempoh berkenaan, timbalan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan bahawa beliau memberikan “50 markah.”

Memetik laporan The Sun Daily, Wee berkata, memandangkan PH baru sahaja menduduki Putrajaya, markah atau gred yang diberikan oleh beliau juga bertujuan untuk memberi ruang kepada kerajaan untuk memperbaiki diri, dan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Menurut Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, selagi kerajaan baru menunjukkan komitmen 100% dalam melaksanakan dasar-dasarnya, rakyat serta pihak pembangkang, sanggup memberikan mereka masa untuk menunaikan segala janji.

Tegas beliau, walaupun berbeza dari segi politik, kedua-dua kerajaan pemerintah dan pembangkang tidak patut bertengkar di antara satu sama lain pada setiap masa.

Ujar Wee, kerajaan dan pembangkang juga boleh saling melakukan semak dan imbang (check and balance) ke atas satu sama lain dalam sesetengah isu.

Bercakap tentang 10 janji PRU14 PH, beliau menyatakan bahawa kerajaan semasa telah melaksanakan separuh daripada janji-janji berkenaan, namun masih tidak pasti sama ada mereka boleh melaksanakan semuanya atau tidak.

“Apabila kerajaan mengatakan ia mahu melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) (bagi menggantikan GST), adakah mereka sudah mempertimbangkan “tindak balas berantainya”?

“Sesetengah perniagaan berkata, peningkatan harga tidak dapat dielakkan dengan SST, (jadi) bagaimana orang ramai akan melihat impak rejim cukai ini?”, soalnya.

Bercakap tentang isu UEC pula, Wee menjelaskan bahawa pengiktirafan rasminya boleh dicapai sekiranya semua pihak bekerjasama.

Beliau berkata, apa yang penting adalah UEC perlu disenaraikan sebagai satu syarat kelayakan untuk memasuki universiti-universiti awam.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker