Sukan

Ramos: Klopp Patut Jaga Hal Sendiri

Kapten pasukan Real Madrid, Sergio Ramos telah menghentam Jurgen Klopp, menyatakan rekod buruk pengurus dari Jerman itu di pentas akhir perlawanan besar bermakna dia patut “menjaga halnya sendiri.”

Bulan lepas, Klopp begitu kritikal dengan penglibatan Ramos di dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada bulan Mei, yang menyaksikan the Reds tewas 3-1. Mo Salah terpaksa digantikan di separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan di bahagian bahu ketika bergelut degan pemain pertahanan itu.

Image result for sergio ramos salah

Selain itu, Klopp juga menyatakan cabaran yang dibuatt oleh Ramos memainkan peranan di dalam gegaran otak yang dialami oleh Karius.

Ini bukan perlawanan akhir pertama Klopp tewas, dia patut menjaga halnya sendiri,” ujar Ramos, seperti yang dipetik oleh Reuters.

“Sesetengah daripada kami telah bermain diperingkat yang sangat tinggi untuk bertahun-tahun, tetapi saya tidak pasti dia boleh berkata demikian.”

Rekod di peringkat akhir Klopp sememangnya tidak begitu memuaskan. Klopp hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan akhir di dalam kariernya sebagai seorang pengurus, Di mana kemenangan tunggal itu diperoleh daripada kemenangan Borussia Dortmund ke atas DFB-Pokal enam tahun yang lalu.

Apabila bersama Liverpool, beliau menamatkan saingan Piala EFL dan Liga Europa 2015/16 sebagai naib juara, sebelum kekalahannya kepada Real Madrid di perlawanan akhir di penghujung musim lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button