Sukan

Piala Malaysia: Di Manakah Penyokong?

Dahulunya Piala Malaysia pernah menjadi pertandingan bola sepak yang paling berprestij, tetapi kini penyokong yang hadir ke stadium untuk menonton perlawanan semakin sedikit.

Pasukan-pasukan yang bertanding juga turut merasai tempiasnya kerana hasil kutipan jualan tiket tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan mereka.

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khir yang juga bekas pelatih remaja kebangsaan berkata beliau terkejut dengan jumlah penyokong yang hadir sangat rendah.

“Pada hari Sabtu, hanya 1,100 penyokong yang hadir di Stadium Darulaman di Alor Setar untuk menonton perlawanan di antara Kedah menentang Terengganu,” ujar Azraai.

“Apabila Kedah menentang Kelantan pada tempoh hari, tidak sampai 4,000 penyokong di dalam stadium. Apa yang sedang terjadi kepada liga kita? Pihak berwajib bola sepak kita perlu melakukan sesuatu.”

Berdasarkan bancia yang dibuat baru-baru ini, setiap perlawanan Piala Malaysia hanya dapat menarik secara purata 3,000 penyokong sahaja.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu melakukan sesuatu untuk menarik minat penyokong. Jika dibiarkan berterusan, ia akan membunuh pasukan-pasukan yang kecil dan tidak mempunyai danan yang mencukupi.

“MFL dan persatuan bola sepak setiap negeri perlu duduk bersama dan membincangkan inisiatif untuk membawa pulang penyokong dan peminat ke stadium,” tambah Azraai.

Show More

Related Articles

Back to top button