Hiburan

Mesin Muzik Guli Hebat Wintergatan

Jika anda belum pernah mendengar kumpulan ini, anda pasti kagum dengan alatan muzik yang digunakan mereka untuk menghasilkan alunan muzik yang mengasyikkan.

Wintergatan, kumpulan muzik dari Sweden, bukanlah sebuah kumpulan yang memainkan muzik secara konvensional.

Mereka menggubah dan memainkan lagu-lagu menggunakan instrumen yang lain daripada yang lain termasuk instumen rekaan sendiri seperti theremin, kotak muzik, projektor, gergaji, serta mesin taip jenis lama.

Wintergatan dianggotai oleh Martin Molin, Evelina Hagglund, Marcus Sjoberg dan David Zanden.

Kumpulan ini menghasilkan lagu bertemakan folktronica dan experimental pop.

Sommarfågel merupakan lagu pertama yang dikeluarkan oleh mereka pada hujung 2012 sebelum mengeluarkan album sulung mereka, Wintergatan pada 2013.

Marble Machine

Sekitar Disember 2014 hingga Mac 2016, Wintergatan mengeluarkan video di Youtube yang menunjukkan Martin Molin mendokumentasikan pembinaan sebuah mesin muzik menggunakan biji guli dan binaan kayu untuk memainkan muzik.

Mesin ini diberi nama Marble Machine dimana ia dibina dengan kombinasi beberapa alat muzik seperti xylophon, gitar bas, kick drum, high hat dan snare yang dipasang pada sebuah mesin kayu yang besar.

Muzik akan dimainkan dengan memutarkan pengemudi mesin. Not dan bunyi muzik pula akan dihasilkan melalui skema muzik menggunakan bahan daripada Lego Technic.

Lagu ini menerima pelbagai reaksi yang positif dari seluruh peminat, dan video Marble Machine ini berjaya meraih sehingga 82 juta tontonan.

[Video pembikinan Marble Machine: Bahagian 1 | Bahagian 2

Kini, mesin ini ditempatkan di sebuah muzium di Sweden untuk tontonan orang ramai.

Kreativiti tanpa batasan

Melalui saluran youtube Wintergatan, anda dapat melihat pelbagai eksperimen yang dilakukan mereka bagi menghasil bermacam-macam jenis bunyi dan muzik, yang pada pandangan kita sangat unik dan lain daripada lain.

Namun, mereka menunjukkan bahawa untuk mencipta muzik, anda tidak harus terikat kepada sesuatu jenis instrumen kerana kita lah pencipta sebenar muzik itu.

Dan ini kenapa kami memilih Wintergatan sebagai #ArtisToodiaMingguIni

Show More

Related Articles

Back to top button