Teknologi

Bitfi Tawar RM400,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Godam Dompet Kriptowang Mereka

Pengasas syarikat perisian antivirus McAfee, John McAfee yakin bahawa dompet kriptowang baharu miliknya, Bitfi  “tidak dapat digodam”.

Beliau begitu yakin tentang produk baharunya sehingga menawarkan hadiah sebanyak AS$ 100,000 (RM400,000) untuk sesiapa sahaja yang boleh menggodam sistem tersebut.

Bulan lepas, McAfee dan syarikat Bitfi melancarkan simpanan untuk aset digital pertama di dunia yang mustahil untuk digodam, menurut mereka. Selain itu, mereka juga menjamin bahawa wang di dalam dompet itu selamat untuk sepanjang hidup.

Mereka juga mendakwa bahawa dompet tersebut tidak menyimpan kunci persendirian untuk kriptowang dan aset krypto.

Ini bermaksud sekiranya ia dicuri, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengambil kunci tersebut kerana ia tidak disimpan di dalam dompet.

“Program baunti ini bukan bertujuan untuk membantu Bitfi mengenal pasti kelemahan keselamatan kerana kami telah mendakwa bahawa keselamatan kami adalah mutlak dan dompet ini tidak boleh digodam atau ditembusi serangan luar,” kata Bitfi di laman webnya.

“Sebaliknya, program ini bertujuan untuk menunjukkan kepada sesiapa sahaja yang mendakwa atau percaya bahawa tidak ada apa-apa yang tidak dapat digodam atau mereka yang rasa mereka boleh menggodam dompet Bitfi, percubaan itu sia-sia dan tuntutan yang diiklankan tentang dompet Bitfi adalah tepat.”

Peraturan untuk menuntut hadiah itu mudah, kata Bitfi. Peserta pertama perlu membeli dompet Bitfi untuk US$ 120 (RM480) dan preload dengan “coins” bernilai US$ 50 (RM200).

Bitfi mendakwa ini adalah untuk memastikan syarikat itu hanya berurusan dengan peserta yang serius.

Untuk menang, penggodam perlu berjaya mengeluarkan coins dan mengosongkan dompet.

Jika peserta berjaya, dia akan dapat menyimpan coins dan akan menerima hadiah bounti sebanyak AS$ 100,000 (RM400,000).

“Sila ambil perhatian bahawa jika anda ingin mengambil bahagian, kami mungkin meminta anda untuk membuat proses tersebut dilihat oleh awam supaya orang lain dalam komuniti aset digital boleh mengikuti percubaan untuk menggodam dompet Bitfi,” kata Bitfi.

Untuk maklumat lanjut, layari bitfi.com/bounty. Semoga berjaya!

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker