Sukan

Kapten Baddrol Mahu Pasukan Abai Provokasi

Kekal tenang dan terkawal apabila berhadapan dengan provokasi terlampau.

Ini adalah salah satu pengajaran yang boleh diambil oleh skuad kebangsaan Bawah-23 susulan insiden pergaduhan ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika perlawanan pemanas badan di Shah Alam pada 10 Ogos yang lalu.

Tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi, kapten pasukan Baddrol Bakhtiar telah menggesa rakan sepasukannya untuk tidak termakan provokasi apabila mereka memulakan saingan Sukan Asia di Bandung, Indonesia yang bakal bermula esok.

Ketika kejadian tidak diingini itu berlaku, pemain tengah UAE, Mohamed Khalfan Al Harasi telah menendang pemain pertahanan Malaysia, Adib Zainuddin. Tindakan itu telah menyebabkan pergaduhan beramai-ramai yang turut disertai pegawai-pegawai UAE.

“Pasukan ini perlu fokus kepada perlawanan dan mengabaikan sebarang provokasi yang dilakukan oleh pihak lawan.”

Perlawanan pemanas badan menentang UAE itu dimenangi oleh pasukan Malaysia dengan mata 2-0. Ia adalah sebahagian daripada persiapan pasukan negara untuk Sukan Asia.

Mereka turut bermain di perlawanan persahabatan menentang China pada 5 Ogos yang lalu, tetapi tewas 2-1.

Hard at work: The national Under-23 team going through their paces ahead of the Asian Games. — M. AZHAR ARIF / The Star

Baddrol berkata pasukan ini telah bekerja keras ketika di kem latihan kebangsaan dan mereka semua bersemangat untuk melakukan yang terbaik di Sukan di Indonesia itu.

Malaysia akan membuka kempen kumpulan E menentang Kyrgyzstan esok, diikuti Korea Selatan pada 17 Ogos dan Bahrain pada 20 Ogos.

“Kami menewaskan UAE selepas mempelajari kesilapan ketika berdepan China. Kini kami perlu menggunakan apa yang kami telah perlajari daripada perlawanan bersama UAE di dalam Sukan Asia nanti,” ujar Baddrol.

“Semangat pasukan sangat tinggi dan saya lihat semua orang tidak sabar untuk membuktikan diri mereka dan bekerja keras untuk menempah nama ke dalam kesebelasan utama,” tambah pemain berusia 30 tahun itu, yang menjadi salah seorang daripada 2 pemain yang melepasi had umur, bersama-sama Rizal Ghazali yang berusia 25 tahun.

Sesebuah negara hanya boleh menggunakan 3 orang pemain di atas had umur di dalam skuad Bawah-23 tahun mereka untuk Sukan Asia.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggantikan pemain tengah Felda, Daniel Amier Norhisham dengan pemain pertahanan PKNS, Rodney Celvin Akwensivie selepas mendapati kecederaan Danial memerlukan masa yang lebih untuk pulih.

“Kami perlukan pemain yang sihat dan cergas kerana jarak di antara perlawanan sangat rapat.

“Pilihan di bahagian tengah adalah terhad jadi kami perlu menggunakan pemain yang ada.” ujar bekas pemain kebangsaan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button