Selepas perlantikan Yeo Bee Yin sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar dan Dr Xavier Jayakumar sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, seseorang yang berpengalaman dalam bidang alam sekitar dan sumber asli selama 30 tahun telah memberi pendapatnya tentang 10 bahagian yang perlu mereka tangani.
-
Perubahan cuaca
Menurut Dr. G. Balamurugan dalam TheStar, Malaysia telah melakukan pelbagai usaha bagi menangani perubahan cuaca tetapi bagaimana ia akan memburukkan lagi output pertanian, bekalan air, penyakit berjangkit dan kemandirian manusia belum lagi ditangani dengan baik. Kerja-kerja permulaan telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu seharusnya diteruskan dan diluaskan.
2. Kepelbagaian biologi
Polisi Kebangsaan negara tentang kepelbagaian biologi ini telah dilakukan pada tahun 2016. Ia merupakan sebuah polisi yang progresif dengan sasaran yang bercita-cita tinggi.
Namun, pelaksanaannya adalah tidak begitu kelihatan. Perkara ini adalah penting kerana jika tidak, Malaysia bakal kehilangan sebahagian besar kepelbagaian biologi negara.
Ia sangat kritikal untuk mengelak daripada kehilangan spesies terancam, fragmentasi hutan, ancaman tanah bencah, dan ekosistem yang mudah terdedah kepada ancaman serta kawasan marin yang dilindungi.
3. Matlamat dan sasaran
Dasar Alam Sekitar Negara telah dirancang pada tahun 2002. Sudah tiba masanya untuk dilihat semula apa yang patut diubahsuai mengikut isu terkini. Ini adalah bagi menghasilkan hala tuju yang lebih jelas. Ini juga boleh menangani kekeliruan dengan jabatan kerajaan yang mempunyai fungsi dan matlamat berbeza-beza.
4. Pengurusan Hutan
Sehingga kini hutan negara kita semakin mengecil dan telah terjadinya fragmentasi hutan.
Sudah tiba masa kita untuk menghentikan perkara ini dengan memperlihatkan misi Central Forest Spine dan Heart of Borneo. Sebuah kertas kerja untuk menghapuskan kepupusan hutan perlu diadakan.
5. Ekosistem Marin
Kita lihat biodiversiti marin sering diketepikan oleh badan penguatkuasa yang bertanggungjawab. Mereka lebih menitik beratkan pengurusan ikan yang memperlihatkan pengeluaran dan bukannya cara untuk memulihara.
Ini telah menyebabkan sumber ikan negara semakin berkurangan. Oleh itu, pentingnya merasionalisasikan Jabatan Perikanan Malaysia dengan masalah yang dihadapi.
7. NGO dan komuniti tempatan diberi kuasa yang lebih besar
Pihak kerajaan disarankan untuk memberi peluang dan sokongan kepada komuniti tempatan dan NGO yang giat dalam aktiviti perlindungan alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar boleh dijalankan dengan lebih efektif apabila melibatkan mereka kerana mereka lebih dekat dengan komuniti tempatan.
8. Kawasan hijau dan kepelbagaian bandar
Kebanyakan hutan bandar dan kawasan hijau negara kita telah dikorbankan untuk pembangunan.
Bandar kita sudah ketandusan kawasan hijau dan kedua-dua kementerian ini boleh memainkan peranan dalam mengadakan kawasan hijau dan membina lebih banyak hutan bandar serta taman.
9. Perkongsian Hasil di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Oleh sebab hasil yang dijana oleh negeri semuanya ke kerajaan pusat, ia memaksa kerajaan negeri untuk mengeksploitasikan hasil bumi mereka sebagai sumber pendapatan.
Dengan memberi hasil bumi pada kerajaan tempatan pada kadar berpatutan, ini akan memberi mereka tanggungjawab yang lebih besar untuk memelihara alam sekitar sendiri.
10. Menguatkan keupayaan kementerian
Perkara-perkara yang melibatkan perubahan iklim, pemuliharaan biodiversiti, pengurusan air dan sebagainya merupakan subjek teknikal, pengambilan orang yang mahir secara langsung ataupun melalui jabatan teknikal mahupun pegawai PTD dalam hal ini adalah penting.
Walaupun alam sekitar dan sumber asli kini berada di dalam dua kementerian yang berlainan, isu-isu ini berkait rapat. Oleh itu, adalah penting bagi kedua-dua kementerian ini mengadakan komuniti yang menggabungkan keduanya untuk menangani isu berbangkit.
Memelihara alam sekitar serta menguruskan sumber alam adalah sangat penting untuk kemajuan negara.