AntarabangsaIsu Semasa

Mengingati 73 Tahun Selepas Pengeboman Hiroshima

Pada hari Isnin minggu lepas, loceng dibunyikan di Hiroshima, Jepun menandakan 73 tahun telah berlalu sejak pengeboman bom atom pertama di dunia berlaku.

Langit cerah di Memorial Keamanan di Hiroshima, sama seperti pada 6 Ogos 1945 ketika sebutir bom Amerika B-29 dijatuhkan di bandar pelabuhan yang penuh dengan kem tentera yang akhirnya membunuh 140,000 orang.

Dalam acara tahunan itu, Datuk Bandar mengingatkan bahawa peningkatan nasionalisme di seluruh dunia mengancam keamanan.

Datuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui berdiri di taman berhampiran tapak kejadian dan membuat seruan untuk sebuah dunia tanpa senjata nuklear dan memberi amaran kepada ancaman peningkatan nasionalisme.

Tanpa menyebut mana-mana negara, Matsui memberi amaran bahawa “negara-negara tertentu secara eksplisit menyatakan nasionalisme yang terlalu ekstrem dan memodenkan senjata nuklear mereka”.

Matsui turut menggesa pemansuhan senjata nuklear dalam tahun ketika Presiden AS Donald Trump berjanji untuk meningkatkan senjata nuklear AS.

“Jika manusia lupa sejarah, kita sekali lagi boleh mengulangi kesalahan yang dahsyat itu. Itulah sebabnya mengapa kita mesti terus bercakap tentang Hiroshima. Usaha untuk menghapuskan senjata nuklear mesti diteruskan,” kata Matsui.

Panggilannya itu bagaimanapun menonjolkan hubungan bertentangan Jepun dengan senjata nuklear.

Pegawai Jepun secara rutin berpendapat bahawa mereka menentang senjata nuklear, tetapi pertahanan negaranya bergantung kepada payung nuklear Amerika.

Perdana Menteri Shinzo Abe, yang kerajaannya memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam Perjanjian PBB mengenai Larangan Senjata Nuklear, berkata pada upacara itu, tanggungjawab Jepun adalah untuk merapatkan jurang antara negara-negara nuklear dan bukan nuklear.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, wujud jurang yang ketara antara negara-negara mengenai cara untuk meneruskan pengurangan senjata nuklear,” kata Abe dalam upacara itu.

“Negara kita, sambil mengekalkan prinsip-prinsip senjata nuklear kita, dengan sabar akan berfungsi sebagai jambatan antara kedua belah pihak dan akan mengetuai masyarakat antarabangsa untuk mengurangkan senjata nuklear,” kata Abe.

Jepun telah merasai dua serangan nuklear dari Amerika Syarikat pada akhir Perang Dunia II, pertama di Hiroshima dan kemudian di Nagasaki tiga hari kemudian. Pengeboman itu meragut kehidupan 140,000 orang di Hiroshima dan 74,000 orang di Nagasaki.

Barack Obama menjadi presiden AS pertama yang berkunjung ke Hiroshima pada Mei 2016. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker