Teknologi

Hanya 50,000 PlayStation 4 Pro Edisi ‘500 Juta’ Dikeluarkan Seluruh Dunia 24 Ogos Ini

Bersempena kejayaan penjualan keseluruhan konsol PlayStation yang memberangsangkan di seluruh dunia, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan satu edisi terhad PlayStation 4 Pro bakal dikeluarkan.

Sony akan mengeluarkan satu edisi terhad konsol PlayStation 4 Pro berwarna biru lutsinar berserta storan 2TB hard diskĀ bersempena kejayaan ini.

Namun, edisi terhad ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 50,000 unit di seluruh dunia.

Pakej lengkap set konsol ini akan mengandungi sebuah konsol PlayStation 4 Pro, alat kawalan Dualshock 4, PS Camera, tapak konsol dan fon telinga mono.

Sony menjelaskan bahawa edisi terhad ini dikeluarkan bersempena kejayaan penjualan seluruh konsol dari PlayStation hingga PlayStation 4 yang melebihi 525 juta unit di seluruh dunia.

Konsol terhad ini bakal dikeluarkan pada 24 Ogos ini dan dijangkakan akan dijual pada harga sekitar RM2,149.

Sony juga mengumumkan akan mengeluarkan alat kawalan Dualshock 4 dengan rekaan ini pada harga RM259 untuk pembeli yang hanya inginkan alat kawalan ini sahaja.

Jadi kepada peminat tegar PlayStation, pastikan anda cepat untuk mendapatkannya kerana ia adalah konsol yang sangat terhad.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker