Sukan

Barca Julang Piala Super Sepanyol Selepas Selamatkan Penalti Di Minit Akhir

Barcelona sekali lagi mencipta rekod apabila menjulang Piala Super Sepanyol buat kali ke-13 beturut-turut setelah menewaskan Sevilla 2-1. Ini terima kasih kepada serangan cantik yang dilepaskan pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele serta Marc-Andre ter Stegen yang menyelamatkan sepakan penalti di dalam waktu kecederaan.

Sevilla mengejutkan juara La Liga musim 2017/18 apabila Pablo Sarabia membuka jaringan pada minit ke-9 selepas Luis Muriel melepaskan diri daripada barisan pertahanan Barcelona.

Video Bantuan Pengadil (VAR) digunakan buat kali pertama di dalam bola sepak Sepanyol bagi mengesahkan gol itu, yang pada mulanya di batalkan akibat ofsaid.

Gerard Pique kemudiannya menyamakan kedudukan buat Barca beberapa minit sebelum wisel separuh masa ditiupkan dengan menolak masuk bola yang terlantun keluar apabila sepakan percuma Messi terkena tiang. Sementara itu, Fanco Vasquez menanduk bola melepasi palang di separuh masa kedua di dalam perlawanan yang diadakan di Tangier, Maghribi.

Image result for barcelona sevilla

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar kerana kami dibolosi awal dan kami perlu melawan kembali. Kebanyakan pemain kami baru sahaja pulang daripada bercuti dan ia membebankan,” jurulatih Barca, Ernesto Valvede berkata kepada wartawan.

“Kami kembali ketika perlawanan sedang berjalan. Ia adalah perlawanan yang mengujakan dan mereka turut mempunyai peluang. Ia adalah bagus untuk menang kerana ia memberikan kepercayaan di dalam apa yang kami lakukan dan ia membolehkan kami memulakan musim baharu dengan langkah kanan.”

“Sevilla mendapat peluang keemasan di minit-minit akhir perlawanan apabila bekas pemain Barca, Aleix Vidal dijatuhkan oleh Ter Stegen di minit ke-89, namun pemain gantian, Wissam Ben Yedder menolak bolanya dengan terlalu perlahan di atas padang dan membolehkan penjaga gol tinggi lampai dari Jerman itu dengan selesa menyambutnya.

“Pasukan saya berhak mendapat pujian selepas menunjukkan yang kami mempunyai semangat dan keberanian selepas gol cantik Dembele dan bukan sahaja kami memenangi sepakan penalti, kami juga mengerumuni pintu gol mereka,” ujar jurulatih Seville, Pablo Machin.

“Pedih apabila kami terlepas trofi seperti ini, tetapi apabila anak buah anda berlawan sehingga ke penghujung serta menunjukan semangat seperti yang mereka tunjukan pada malam ini, anda tidak boleh meminta lebih.”

Kapten baharu Barca, Messi menjulang piala pertamanya sejak mewarisi tugas sebagai kapten daripada bekas pemain tengah, Andres Iniesta, dan penyerang Argentina itu turut memintas Iniesta untuk menjadi pemain yang paling banyak memenangi anugerah, dengan 33 trofi di bawah namanya.

Show More

Related Articles

Back to top button