Gaya HidupKerjaya

Adakah Anda Di Antara Orang Yang Tidak Melihat Wanita Sebagai Pemimpin?

Di Malaysia kita lihat terdapat sinar kepada wanita untuk memegang tampuk kepimpinan di dalam sesebuah organisasi. Ini dilihat apabila ramai wanita di lantik di dalam ahli lembaga pengarah ditambahkan lagi perlantikan Dato Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.

Walaupun kita sebagai negara membangun telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan wanita, lain pula di Amerika Syarikat apabila dilihat peratusan pemimpin wanita telah berkurangan sebanyak 25% di dalam syarikat-syarikat besar.

Menurut laporan New York Times, nilai 25% itu kelihatan besar kerana sebenarnya ketua pegawai eksekutif (CEO) wanita tidak ramai. Dengan itu, apabila hanya seorang meletakkan jawatan, impaknya adalah besar.

Di Amerika jika dihitung bilangannya, hanya tinggal 24 CEO wanita berbanding 32 orang sebelumnya.

Persoalannya ialah kenapa bilangan CEO wanita ini penting?

Di dalam dunia kerjaya, satu sebab kenapa ia adalah penting kerana ia akan membina satu andaian bahawa jantina memainkan peranan untuk menjadi seorang pemimpin.

Ia juga akan membina sebuah persepsi kepada orang sama ada baik atau tidak untuk mengambil wanita bekerja dan melantik mereka sebagai ahli lembaga pengarah di masa hadapan.

Lelaki Atau Wanita Lebih Ideal Menjadi Pemimpin?

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan di New York Times, mereka telah melakukan eksprimen untuk mengetahui perspektif orang sebagai pemimpin sama ada mereka melihat lelaki atau wanita sebagai pemimpin ideal.

Apa yang mereka dapati?

Wanita dan lelaki kebanyakannya akan memilih lelaki sebagai pemimpin!

Terdapat sebuah lagi kajian yang dilakukan di mana peserta perlu mendengar sebuah panggilan telefon di dalam mesyuarat jualan.

Mereka akan mendengar ‘Eric’ menyuarakan idea berorientasikan perubahan dan juga ‘Erica’ membacakan skrip yang sama.

Peserta kajian diminta untuk menilai siapa yang lebih ideal untuk jadi pemimpin. Jawapan mereka?

Eric! Walaupun idea yang diutarakan mereka berdua adalah sama, mereka tetap memilih Eric sebagai pemimpin.

Manusia Sudah Terbiasa Dengan Lelaki Sebagai Pemimpin

Seorang penyelidik dari University of Massachusetts berkata manusia telah terbiasa dengan profail seorang pemimpin lelaki dan mahukan ia berterusan pada masa depan.

Dalam erti kata lain, walaupun wanita mempunyai ciri-ciri kepimpinan, bakat tersebut akan tenggelam jua kerana persepsi manusia menilai lelaki merupakan pemimpin yang lebih baik kerana sudah terbiasa.

Keadaan yang dilihat sebagai bias ini adalah kenapa pentingnya wanita perlu berada di dalam ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat besar.

Anne Litwin menulis di TheStar bahawa kita perlu sentiasa mencabar wanita mahupun lelaki untuk menilai keadaan bias ini dan memikirkan siapa pemimpin yang lebih efektif tidak kira jantina.

Keperluan untuk sentiasa bertanya “Di mana wanita di dalam dunia korporat” ini juga perlu bagi melihat lebih ramai pemimpin wanita lebih menonjol.

 

Sumber Imej Terencana : icqm.org

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker