Sukan

UAE Gugur Khalfan Kerana Bertindak Ganas Selepas Perlawanan Persahabatan

Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) telang menggugurkan pemain pertahanan mereka, Mohammed Khalfan Al-Harazi daripada skuad Sukan Asia mereka kerana memulakan pergaduhan ketika perlawanan persahabatan mereka menentang skuad Bawah-23 Malaysia.

Keputusan itu diumumkan di dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web persatuan bola sepak itu semalam.

“Kami kecewa dengan insiden yang berlaku.

“Ia tidak meggambarkan bola sepak kami dan kami telah meggugurkan Khalfan daripada skuad.

“Kami gugurkan dia setelah meneliti laporan pasukan ke atas pergaduhan itu,” ujar kenyataan tersebut.

Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia di Stadium Shah Alam pada malam hari Jumaat.

Namun ia telah dicemari oleh pergaduhan yang dimulakan oleh Khalfan yang menyiku pemain pertahanan Malaysia, Adib Zainuddin.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata mereka akan menghantar satu laporan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan telah menerima permohonan maaf secara rasmi daripada pihak UAE FA.

Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam berkata di dalam satu kenyataan, dia dan presiden badan induk bola sepak itu, Datuk Hamidin Mohd Amin telah bertindak dengan segera.

“Datuk Hamidin dan saya dengan segera berbincang bersama-sama pihak UAE FA melalui setiausaha agung mereka, Mohammed Hazzam Al Dhaheri serta naib presiden Abdulla Naser Al Jneibi yang turut disertai oleh setiausaha agung AFC, Datuk Windsor John,” ujar Stuart.

“Selepas perbincangan, FAM menerima surat rasmi daripada UAE FA menyatakan mereka meminta maaf ke atas insiden tersebut dan memandang serius terhadap perkara itu.

“Mereka juga berkata mereka akan menjalankan siasatan dalamanagar tindakan boleh di ambil terhadap pemain dan pegawai yang terlibat.

“Kami akan menyerahkan laporan yang disediakan oleh pesuruhjaya perlawanan dan pengadil kepada AFC dan akan akan berhubung dengan AFC jika mereka memerlukan perkara lain selepas mereka meneliti laporan yang diterima daripada semua pihak,” tambah Stuart.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker