Hiburan

China Haramkan Tayangan Filem Christopher Robin

China telah menolak permintaan Walt Disney Co untuk menyiarkan Christopher Robin di negara itu, sebuah filem yang menampilkan seekor beruang penggemar madu Winnie the Pooh.

Namun, tidak jelas mengapa China menolak filem berkenaan dan pihak berkuasa China tidak memberikan sebarang alasan kepada studio Hollywood apabila mereka memutuskan perkara terbabit.

Tetapi keputusan itu dikatakan diambil kerana sebelum ini rakyat China menggunakan bentuk tubuh watak utama filem itu, Winnie the Pooh dan membandingkannya  dengan Presiden Xi Jinping.

Berkaitan: Rancang Pemerintahan Diktator, China Perketatkan Kawalan Media

Image result for christopher robin banned in china

Kementerian Kebudayaan China enggan mengulas dan merujuk soalan kepada Pentadbiran Radio dan Televisyen Negara, lapor The Straits Times.

Awal tahun ini, netizen telah menyamakan rupa Pooh dengan Presiden Xi. Sebilangan kecil orang telah menggunakan Pooh sebagai simbol tentangan terhadap politik yang diamalkan Presiden Xi.

Satira popular membandingkan imej Xi dan bekas presiden AS Barack Obama berjalan bersebelahan dengan adegan kartun yang sama seperti Pooh dan kawannya Tigger, seekor harimau hiperaktif yang lebih tinggi.

Related image

Satira lain termasuk perbandingan popular antara imej kereta mainan Pooh dan Presiden Xi yang mempengerusikan perarakan tentera dari belakang kenderaan yang bergerak.

Walau bagaimanapun, orang dalam menegaskan bahawa keputusan itu bukan bersifat politik tetapi mungkin ada kaitan dengan kuota yang diberikan kepada filem asing. China, pasaran filem kedua terbesar di dunia mengehadkan tayangan filem buatan asing hanya pada jumlah 34 filem setahun.

China adalah antara negara yang menyumbangkan kutipan box-office global yang paling tinggi. Filem-filem Disney yang lain mengutip jumlah yang besar di China. Pada tahun 2014, Maleficent memungut $ 48 juta (£ 37 juta) dan Cinderella 2015 berjaya meraih $ 72 juta (£ 55 juta).

China biasanya menerima filem aksi blockbuster hebat seperti Avengers: Infinity War dan Black Panther, sementara hanya dua daripada empat filem Disney telah ditayangkan di China setakat pertengahan tahun ini.

Filem Christopher Robin yang diilhamkan dari pengarang bahasa Inggeris A.A. Milne, dibintangi Ewan McGregor sebagai Christopher Robin dewasa yang secara tidak sengaja bertemu semula dengan Pooh, Tigger, Piglet, Eeyore dan binatang-binatang bercakap lain dari Hundred Acre Wood.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker