AntarabangsaIsu Semasa

Angka Kematian Tunjuk Perasaan Palestin Meningkat

Seorang lelaki Palestin berusia 40 tahun yang terkena tembakan Israel di sempadan Gaza maut akibat kecederaan, hari ini dan menjadikan jumlah terkini kematian tunjuk perasaan semalam kepada tiga orang.

Mangsa adalah antara sekurang-kurangnya 131 penduduk Palestin yang cedera angkara peluru rejim Zionis, walaupun gencatan tidak rasmi antara pemerintah Islam Hamas dan tentera Israel masih berjalan.

Kementerian Kesihatan wilayah itu mengenal pasti mangsa sebagai Ahmed Abu Lulu, ditembak di sempadan dekat timur bandar Rafah, di mana dua lagi penduduk Palestin lain turut maut.

Dua mangsa sebelum ini adalah Ali al-Alul, 55, dan sukarelawan perubatan Abdullah al-Qatati, 21

Sumber: AFP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker