BudayaGaya Hidup

Bayi Y2K Tahun Naga Bakal Menggegar Dunia Dengan Kejayaan Mereka

Sedar tidak sedar sangat cepat masa berlalu dan tahun ini bayi yang lahir pada tahun 2000 akan menjejak kaki ke menara gading.

Bagi kaum Cina, orang yang lahir tahun 2000 adalah sinonim kepada tahun naga.

Zodiak haiwan ini dikatakan mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak kira dalam pelajaran, mahupun kerjaya dan sekaligus membawa tuah kepada keluarga.

Oleh yang demikian, ramai orang Cina terutamanya di Asia seperti Singapura, Hong Kong, China dan Malaysia berusaha untuk mendapatkan bayi pada tahun tersebut.

Berdasarkan data, sememangnya terdapat peningkatan mendadak terhadap kelahiran bayi di negara-negara ini.

Kajian Bayi Naga

Malah sebuah kajian telah dijalankan ke atas 315 bayi naga ini yang lahir pada tahun 1988 dan 2000 yang kini berusia 18 dan 30 tahun berkaitan zodiak mereka telah mendapati perkara yang mengejutkan.

Hampir separuh daripada mereka sememangnya menunjukkan kegigihan untuk mencapai kejayaan dan tidak mengharapkan sokongan daripada ibubapa masing-masing.

Melalui kajian ini juga, ia dapati bahawa bayi naga ini merupakan orang yang sangat praktikal.

Walaupun mereka mempunyai keyakinan untuk mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian, mereka tetap memiliki kerisauan untuk beradaptasi dengan sekeliling dan bekerja dibawah paras jangkaan serta gaji yang rendah.

Pengakuan Kejayaan Bayi Naga

Menurut TheStar, seorang pelajar yang lahir pada tahun naga berkata semasa di sekolah rendah lagi kelasnya mempunyai ramai pelajar berbanding tahun sebelumnya. Ini telah menyebabkan mereka sentiasa harus bersaing untuk mendapatkan perhatian guru.

Walau bagaimanapun, dia yakin kejayaan hanya akan datang sekiranya seseorang itu perlu bekerja keras dan mengambil peluang yang ada tidak kira tahun apa mereka lahir.

Lain pula ceritanya dengan ibu yang melahirkan bayi pada tahun naga ini. Dia berpendapat bahawa memang semua kanak-kanak mempunyai keupayaan dan kekuatan masing-masing tetapi bayi yang lahir pada tahun naga ini menonjolkan fokus dan halatuju yang luar biasa sejak kecil.

“Mereka tahu apa yang mereka mahukan,” kata Denise Solosa, ibu kepada Danielle yang berusia 18 tahun.

Seorang kaunselor psikologi pula berkata kajian telah menunjukkan bayi naga ini memang lebih menonjol dalam akademik dan kejayaan kerjaya mereka. Namun ini juga adalah akibat daripada sifat mereka yang bekerja keras dan keinginan tinggi untuk berjaya dalam kehidupan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker