Sukan

Malaysia Sasar 7 Emas Di Sukan Asia 2018

Malaysia menyasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya tujuh pingat emas di Sukan Asia Indonesia yang bakal berlangsung daripada 17 Ogos sehingga 2 September 2018.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet Malaysia bersidang di Putrajaya pada pagi hari Jumaat (10 Ogos) bagi menyampaikan ucapan semoga berjaya kepada kontinjen Malaysia di dalam misi mereka di Asiad akan  datang ini.

Dr. Mahathir kemudiannya menyerahkan bendera Malaysia kepada eksponen Karate, Syakilla Salny Jefry Krisnan, selaku pembawa bendera.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sasaran pingat rasmi adalah tujuh (emas) seperti yang dipersetujui setelah berbincang dengan pemegang saham. Dia turut menambah kontinjen Malaysia mampu untuk mendapatkan sehingga 11 pingat.

“Kami tidak mahu meletakan tekanan jika tidak perlu kepada atlet-atlet yang bakal bertanding.

“Para atlet juga berada di sana untuk melakukan yang terbaik di hari pertandingan dan oleh itu, mereka perlu mendapat pencapaian yang lebih baik daripada Incheon, Korea Utara empat tahun lepas.

“Sukan berbasikal, silat, karate, bowling dan skuash sepatutnya antara sukan yang kami harapkan boleh membawa pulang pingat emas,” ujar Syed Saddiq

Pada Asiad yang lepas di Incheon, Malaysia membawa pulang 5 emas, 14 perak dan 14 gangsa untuk menduduki temapt ke 14 secara keseluruhan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker