Gaya HidupPercutian

Kerja Keras 2 Dekad Jadi Tarikan Pelancongan Tersohor Armenia

Apabila seorang suri rumah, Tosya Gharibyan meminta suaminya untuk menggali ruang bawah tanah di bawah rumah mereka untuk menyimpan kentang, dia tidak pernah menyangka pagar sesat bawah tanah yang dihasilkannya akan menjadi salah satu tarikan utama pelancongan di Armenia.

Rumah satu tingkat di kampung Arinj di luar ibu kota Yerevan itu kelihatan biasa tetapi hari ini ia membawa pengunjung dari seluruh dunia selepas 23 tahun mengalami proses pengubahsuaian oleh suami Tosya, Levon Arakelyan.

Pengunjung melawat ruang bawah tanah itu untuk melihat rangkaian gua bawah tanah dan terowong yang berselirat menyerupai pagar sesat yang dikenali sebagai  “Levon’s divine underground”.

Image result for levon's divine underground

Dalam suasana sejuk dan tenang, Tosya mengetuai pelancong melalui koridor yang menghubungkan tujuh ruangan yang dihiasi dengan tiang dan perhiasan Romanesque seperti yang ada di fasad gereja Armenia abad pertengahan.

“Sebaik sahaja dia mula menggali, Levon nekad untuk menyiapkannya. Saya banyak bertengkar dengannya tetapi dia terus obses dengan rancangannya,” kata Tosya mengenai projek yang bermula pada tahun 1995.

Seorang jurubina yang terlatih, Levon akan bekerja keras selama 18 jam sehari dan hanya berhenti untuk tidur sekejap dan kemudian bergegas kembali ke gua, yakin bahawa dia sedang dibimbing “oleh syurga”.

“Dia tidak pernah membuat sebarang pelan dan memberitu bahawa dia memperoleh mimpi tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya,” jelas Tosya lagi.

Image result for levon's divine underground

Selama lebih daripada dua dekad, Levon mengerjakan ruang seluas 280m² itu dengan jarak 21 meter jauh ke dalam lapisan batu gunung berapi hanya menggunakan alatan tangan.

Pada mulanya, Levon terpaksa memecahkan lapisan permukaan batuan hitam keras, tetapi pada kedalaman beberapa meter Levon mencapai batuan yang lebih lembut dan kerja itu terus berkembang.

Levon mengeluarkan 600 trak batu dan tanah hanya dengan menggunakan baldi tangan.

Levon meninggal dunia pada tahun 2008 pada usia 67 tahun akibat serangan jantung selepas memusnahkan dinding terakhir yang memisahkan dua terowong.

Image result for levon's divine underground

Satu dekad sebelum projek itu siap, Tosya juga mewujudkan sebuah muzium kecil yang memperingati kerja suaminya di kampung yang diduduki sekitar 6,000 orang.

Hari ini, gua Armenia itu dipaparkan di dalam brosur pelancongan dan semakin kerap menerima bas pengunjung dari seluruh pelosok dunia.

Milad, seorang pelancong Iran berusia 29 tahun, menamakan gua pagar sesat itu sebagai “tempat yang menakjubkan”. – AFP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker