Terdapat banyak persoalan sebagai ibu apabila hendak menguruskan anak. Apabila anak sudah mula menginjak satu tahun, persoalan-persoalan ini akan timbul:-
- Bila masa sesuai untuk melatih anak tidak memakai lampin?
- Bagaimana nak mengajar mereka untuk ke tandas?
- Apakah alat yang paling sesuai untuk mereka
- Jika anak lelaki, nak ajar kencing berdiri atau duduk?
Persoalan nombor empat itu mungkin tidak terlintas difikiran sesetengah daripada kita kerana adalah biasa untuk kaum lelaki kencing berdiri. Apatah lagi terdapat banyak tandas awam yang menyediakan tandas berdiri.
Jadi, apa pentingnya kencing duduk ini?
Ia sebenarnya adalah untuk kebersihan diri dan persekitaran. Jika kaum Adam kencing sambil berdiri, ia boleh mengundang penyakit dan menyebarkan bakteria.
-
Kebersihan persekitaran
Jika anak anda masih tidak pandai untuk membuang air tepat pada lubang tandas, ia akan menyebabkan tandas anda kotor dan bakteria mudah tersebar.
2. Kebersihan diri
Jika anda berdiri sambil membuang air kecil, kemungkinan besar air kencing tidak akan keluar sepenuhnya dan menyebabkan rasa tidak puas.
Selain itu, percikan yang terlantun dari mangkuk tandas boleh terkena pakaian dan menyebabkan ia berbau.
3. Batu karang
4. Lemah Syahwat
Menurut laman theAsianParent, apabila lelaki membuang air kecil secara berdiri, ini boleh menyebabkan otot serta urat zakar menjadi lembik dan kendur.
Ini kerana pelepasan pundi kencing adalah lebih baik semasa duduk, dan ia boleh mengurangkan masalah prostat.