Teknologi

Aksi Cowboy Penuh Ketelitian Dalam Red Dead Redemption II

Setelah 8 tahun, akhirnya Rockstar bakal mengeluarkan satu lagi siri ke tiga satu lagi permainan popular mereka iaitu Red Dead Redemption II.

Red Dead Redemption II (RDR2) merupakan permainan aksi dunia terbuka bertemakan Amerika Barat pada tahun 1900an dengan memfokuskan seorang penjenayah bernama Arthur Morgan, yang merupakan salah seorang ahli geng ‘Dutch Van der Linde’.

Jalan cerita permainan ini merupakan prekuel kepada siri permainan Red Dead Redemption yang dikeluarkan pada 2010 lalu.

Setelah mempertontonkan pelbagai teaser dan trailer kebelakangan ini, akhirnya Rockstar telah mengeluarkan trailer permainan rasmi RDR2 dengan menjelaskan mekanisme dan ciri-ciri terbaru dalam permainan ini dengan lebih terperinci.

Perincian dunia terbuka permainan

Menerusi trailer tersebut, RDR2 kali ini lebih mendalam dalam setiap perkara yang pemain akan lakukan.

Pemain akan mengawal Arthur Morgan dan membantu kumpulannya di dalam sebuah cerita utama. Namun, pemain juga akan mengeksplorasi dunia terbuka ini dengan pelbagai perkara.

Ini termasuk berinteraksi dengan NPC (karekter di dalam permainan), memburu, mendapatkan bekalan untuk kumpulan dan sebagainya.

Setiap interaksi ini mampu memberi kesan kepada cerita utama permainan ini. Arthur boleh mendapat sekutu baru mahupun musuh baru yang memberi pengalaman lain dalam menamatkan permainan ini.

Read Dead Redemption II lebih hidup

Setiap aspek di dalam permainan ini dibina dengan penuh ketelitian. Dari cuaca, haiwan, alam sekitar malah orang ramai yang hidup dalam dunia ini dilihat memberi lebih banyak interaksi.

Dengan teknologi grafik terkini, setiap model seperti gunung, pokok, sungai dan lain-lain nampak lebih hidup dan nyata membuatkan anda tidak sabar memulakan ekplorasi.

Pandangan kami..

Melihatkan dunia RDRII tidak semoden dan kompleks seperti dunia Grand Theft Auto (GTA), Rockstar dilihat memberikan lebih keperincian dari sudut permainan agar RDRII lebih seronok dimain.

Jadi, bagi pemain GTA yang ingin lari dari ‘kesibukan kota’ dan ingin beraksi menggunakan kuda gaya koboi, mungkin anda boleh cuba bermain permainan ini.

Red Dead Redemption II dijadualkan akan keluar pada 26 Oktober ini untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker