Gaya HidupKecantikan

5 Langkah Untuk Memicit Jerawat Dengan Betul

Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi anda boleh memicit jerawat pada muka. Bertentangan dengan kepercayaan biasa, jerawat boleh dipicit dan tidak akan merebak jika dilakukan dengan betul.

Ramai yang pernah melakukannya tetapi ia akan meninggalkan parut atau kesan pada kulit muka. Hal ini terjadi kerana sesetengah orang melakukannya secara sebarangan dan tidak mengikut cara yang betul

Ketahui bagaimana untuk menghilangkan jerawat dari wajah anda dengan 5 langkah mudah ini.

1. Pilih Jerawat Yang Tepat

Fakta: anda tidak boleh memicit sebarang jerawat yang muncul di wajah anda, sebaliknya perlu menunggu sekurang-kurangnya 4-5 hari. Tambahan lagi, bukan semua jerawat pada wajah boleh dipicit. Hanya jerawat yang mempunyai “white head” dan nanah di dalamnya boleh dihilangkan. Jerawat yang besar, merah dan sakit tidak perlu disentuh.

2. Lembutkan Jerawat Yang Dipilih

Sebaik sahaja anda telah memilih jerawat yang sesuai untuk dihapuskan, ketahui bahawa anda perlu melembutkannya terlebih dahulu. Jerawat yang lembut adalah jauh lebih mudah untuk dipicit berbanding jerawat yang keras, dan sangat degil. Sapukan pelembap atau Vaseline pada jerawat malam sebelum dan biarkan ia dilembutkan dalam satu malam.

3. Buang Kotoran Jerawat

Setelah jerawat yang dipilih menjadi lembut, basuhkannya dengan pencuci muka yang mengandungi 2% Salicylic Acid (agen anti-jerawat). Lakukan ini sebagai perkara pertama pada waktu pagi dan fokuskan pada kawasan jerawat kering secara perlahan-lahan. Jerawat anda kini sudah bersedia untuk dihapuskan!

4. Picit Jerawat Tersebut

Pegang tisu bersih di tangan anda dan letakkan di sekitar jerawat menggunakan jari anda. Secara perlahan-lahan dan fokus, picit jerawat dari kedua belah arah menggunakan jari, sehingga nanah mulai mengalir keluar. Lapkan nanah terbabit secara lembut untuk mengelakkan kerengsaan kulit.

5. Penjagaan Selepas Memicit

Sebaik sahaja menghapuskannya, anda perlu menjaga kulit yang kini terdedah setelah jerawat itu pecah. Mulakan dengan membasuh muka dengan pencuci wajah yang sama supaya jerawat itu tidak muncul semula dan lap sehingga kering. Sapukan Vaseline atau krim yang menenangkan ke atas kulit untuk memastikan proses ini tidak meninggalkan apa-apa parut, tanda atau merengsakan kulit anda. – Mensxp

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker