Isu SemasaSainsTempatan

Pelajar-pelajar Melaka Sahut Cabaran Kitar Semula Plastik

Seramai lebih 3,000 orang pelajar memerangi masalah sisa plastik melalui pertandingan lakonan, fotografi, penuturan kata dan juga pertandingan kitar semula di Melaka sebagai sebahagian daripada Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA — Dow 2018.

Pemenang SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka Pertandingan Choral Speaking bertema 3R: Reduce, Reuse and Recycle, MPMA-DOW School Environmental Challenge 2018.

Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dan The Dow Chemical Company (Dow) bekerjasama buat kali kelima untuk cabaran yang diwujudkan bagi mendidik para pelajar tentang pengasingan sisa dan kitar semula bagi membantu mengurangkan jumlah sisa yang dibawa ke tapak pelupusan dan berakhir di persekitaran sebagai sampah.

Cabaran yang bermula pada bulan April lalu terdiri daripada empat cabaran yang diwujudkan bagi mendidik dan menginspirasikan pelajar-pelajar tentang kepentingan kitar semula dan kelestarian. Cabaran-cabaran tersebut ialah:

  • Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula: Para pelajar mengumpul bahan-bahan boleh kitar semula (plastik, kertas, aluminium, e-sisa) dan membawanya ke sekolah untuk ditimbang dan dikumpul.
  • Fotografi: Para pelajar menghantar foto yang menampilkan tema “Saya Suka Kitar Semula” (“I Love Recycling”)
  • Persembahan Sketsa: Para pelajar menghasilkan dan mempersembahkan sketsa bertemakan “Penjahat Sampah lwn. Wira Kitar Semula” (“Litter Villain vs. Recycle Hero”)
  • Persembahan Sebutan Korus: Kumpulan-kumpulan pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan sebutan korus bertemakan Tiga R: “Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula”

“Program ini terus berkembang saban tahun dan membantu menginspirasikan dan mendidik generasi pelajar akan datang agar mereka dapat menjadi penjaga alam sekitar yang lebih baik,” kata Dato’ Raymond Sng, Naib Presiden MPMA.

“Pertandingan ini mendorong kombinasi yang hebat antara sikap ingin tahu dan kesedaran terhadap kelestarian berserta daya kreativiti dan ekspresi melalui pelbagai cabaran.”

Cabaran ini merupakan sebahagian daripada platform yang lebih besar untuk penambahbaikan sosial dan alam sekitar melalui pendidikan dan bantuan, memastikan agar pelajar-pelajar memahami serta menyokong usaha pengurusan sisa yang bertanggungjawab.

Turut menjadi sebahagian daripada platform pendidikan ini ialah Eco-Ranger Camp yang mana Dow dan MPMA bekerjasama untuk membantu mengajar pelajar-pelajar mengenai pengurusan sisa, kitar semula serta memahami plastik sebagai bahan berharga.

Semasa kem berkenaan yang diadakan pada bulan Mei, pelajar-pelajar berganding bahu bersama guru-guru untuk membangunkan projek kelestarian yang kemudiannya dilaksanakan di sekolah mereka.

“Selaku pengeluar plastik yang utama, Dow percaya bahawa tiada satu plastik pun sepatutnya berada di alam sekitar,” kata Dr. Han Zhang, pemimpin kelestarian dan sokongan Asia Pasifik, Dow Packaging & Specialty Plastics.

“Usaha ini hanya akan terlaksana melalui jalinan kerjasama bersama pertubuhan-pertubuhan seperti MPMA dan mendidik pelajar-pelajar mengenai nilai bahan-bahan yang kita gunakan setiap hari agar kita dapat berusaha bersama-sama untuk memajukan ekonomi pusingan.”

Penyertaan Cabaran Alam Sekitar Sekolah MPMA-Dow telah meningkat daripada enam buah sekolah pada tahun 2016 menjadi 17 buah sekolah tahun ini. Program ini diwujudkan oleh MPMA dan Dow untuk bersifat swakekal agar ia dapat meneruskan misinya dalam mendidik dan menginspirasikan generasi-generasi masa depan sekaligus meluaskan capaiannya di seluruh Melaka.

Program ini akan terus dijalankan bersama rakan kongsi E Ijau Millennium Explorer, sebuah NGO alam sekitar yang menerajui usaha pembangunan sekolah-sekolah eko di Melaka, berasaskan prinsip-prinsip teras yang diwujudkan oleh Dow dan MPMA.

Selain E Ijau, program ini bekerjasama dengan pengitar semula tempatan, Lam Chong Group untuk pertandingan Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula. Lam Chong bersetuju untuk meneruskan program pengumpulan bahan boleh kitar semula sebagai cara untuk mengekalkan amalan kitar semula dalam kalangan sekolah yang mengambil bahagian.

Bagi pertandingan tahun ini, para pelajar mengadakan persembahan di hadapan barisan hakim yang mengundi untuk persembahan terbaik dalam setiap kategori.

Pemenang-pemenang Pertandingan:

Pengumpulan Bahan Boleh Kitar Semula

Kategori

Sekolah Rendah

Jumlah

Sekolah Menengah

Jumlah

Kertas

Terbaik

SJK (C) Alor Gajah, Alor
Gajah, Melaka

1375.02kg

SMK Sungai Rambai, Sg
Rambai, Melaka

809.75kg

Plastik
Terbaik

SK Air Baruk, Jasin,
Melaka

108.15kg

SMK Dato’ Dol Said, Alor
Gajah, Melaka

133.70kg

Logam

Terbaik

SK Alor Gajah 1, Alor
Gajah, Melaka

87.85kg

SMK Dato’ Dol Said, Alor
Gajah, Melaka

243.40kg

E-sisa

Terbaik

SJK (C) Alor Gajah, Alor
Gajah, Melaka

171.95kg

SMK Tun Mutahir, Batu
Berendam, Melaka

133.85kg

Kategori

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Fotografi

Juara

Muhd Arif Haikal bin Hisyam
SK Tehel, Bemban, Melaka

Lewis Tan Rui Yi
SMK Gajah Berang, Kampung Chetti,
Melaka

Naib Juara

Ng Qiu Yen
SJK (C) Pay Chiao,
Bemban, Melaka

Nor Hidayah

SMK Sungai Rambai, Sg Rambai,
Melaka

Tempat Ketiga

Aryana Delisha
SK Air Baruk, Jasin, Melaka

Fatin Zarifah
SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka

Persembahan Sketsa

Juara

SK Alor Gajah 1, Alor Gajah, Melaka

Naib Juara

SK Tehel, Bemban, Melaka

Tempat Ketiga

SK Air Baruk, Jasin, Melaka

Persembahan Sebutan Korus

Juara

SMK Tun Mutahir, Batu Berendam,
Melaka

Naib Juara

SMK Gajah Berang, Kampung Chetti,
Melaka

Tempat Ketiga

SMK Sungai Rambai, Sg Rambai,
Melaka

Projek Kelestarian Jangka Pendek

Juara

SK Air Baruk, Jasin, Melaka

Naib Juara

SK Convent Infant Jesus 2, Taman
Melaka Raya, Melaka

Tempat Ketiga

SMK Seri Mahkota, Merlimau, Melaka

“Bersama-sama Dow, kami percaya bahawa usaha membantu para pelajar memahami pengurusan sisa secara bertanggungjawab pada usia muda adalah komponen kritikal untuk mengurangkan sampah yang terkumpul di persekitaran kita,” kata Sng.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker