AntarabangsaIsu Semasa

Media Sosial Jadi Platform “Penyebaran Fitnah” Di India

Kerajaan India telah meminta syarikat-syarikat pengendali telekomunikasi di negara itu untuk mencari jalan menyekat aplikasi media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, sekiranya ia disalahgunakan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, India telah meningkatkan usaha untuk membanteras penyebaran mesej di laman-laman sosial kerana ia digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan khabar angin, fitnah dan berita palsu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Memetik laporan Reuters, WhatsApp khususnya menjadi sasaran utama pihak berkuasa India selepas sebuah mesej palsu tersebar di platform itu sehingga menyebabkan pembunuhan.

Oleh itu pada bulan Julai, kerajaan telah meminta syarikat perkhidmatan komunikasi serta industri telefon dan internet untuk “mencari langkah-langkah yang boleh diambil” untuk menyekat aplikasi-aplikasi berkenaan.

“Anda….diminta untuk mencari cara-cara dan mengesahkan bagaimana Instagram/Facebook/WhatsApp/Telegram dan sebagainya boleh disekat di Internet,” menurut sepucuk surat yang ditulis oleh kerajaan pada 18 Julai 2018.

Walau bagaimanapun, Reuters melaporkan bahawa Facebook Inc, yang merupakan pemilik WhatsApp dan Instagram, enggan memberikan sebarang komen berhubung isu ini.

Seorang pegawai di Jabatan Telekomunikasi India berkata, surat tersebut bertujuan untuk mencari jalan untuk menyekat aplikasi-aplikasi sedemikan, tetapi hanya ketika “keadaan kecemasan” sahaja.

“Perlu ada jalan penyelesaian yang baik untuk melindungi keselamatan negara,” kata pegawai yang tidak mahu identitinya dikenali itu.

Difahamkan, India merupakan pasaran WhatsApp yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 200 juta pengguna aplikasi itu.

Menurut WhatsApp, jumlah mesej, gambar, dan video yang dikongsikan menerusi aplikasi berkenaan di India adalah lebih banyak berbanding negara-negara lain.

Setelah didesak oleh kerajaan, pihak WhatsApp telah mula mengambil langkah untuk menghalang membendung penyebaran mesej secara besar-besaran dan melancarkan sebuah kempen pengiklanan yang bertujuan untuk mendidik para pengguna.

Pada bulan Julai juga, syarikat milik Facebook itu menyatakan bahawa mesej yang boleh dihantar akan dihadkan kepada lima ruang perbualan sahaja pada satu-satu masa, sama ada di antara individu atau kumpulan.

WhatsApp juga akan membuang butang “quick forward” yang terletak di sebelah “media messages”.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker